Alhamdulillah.....Tahniah Kakak!

Alhamdulillah...baru2 ni keputusan PT3 sudah pon keluar. Saya ni nak kata berdebar sangat nak tahu result anak sulung saya tu...tidak lah juga tapi excited juga nak tahu.

Tapi , rupa rupanya cikgu cikgu nya yang lebih teruja nak bagitahu result my daughter. Hehe.

Alhamdulillah, Sophea dapat 9A 1B. B tu subject sains. Result rasmi keluar hari Isnin tapi guru kelas kakak hari Sabtu lagi dah whatsapps saya excited nak bagitahu result. Hehe. Siap hantar gambar slip lagi. Syukur sangat dengan result kakak.




Memang betul dan mak setuju dengan kata2 berapa banyak A dalam keputusan peperiksaan bukanlah penentu kejayaan seseorang , tetapi tidak kah kita berasa bangga jika anak boleh dapat straight A dalam peperiksaan?

As a mother...i am proud of my children no matter what their results are. Banyak A...or tiada A...but when they do finish as top of their class tentu lah hati ini lebih berbunga2.

Namun, i always remind my kids....A yang banyak menjadi tidak bermakna jika akhlak ke laut....jika tak solat. Always. Bila tengok result kakak (dan juga anak2 yang lain)...yang boleh kata cemerlang first thing that cross my mind is - this is a test for me.
Ya, anak tidak berapa cemerlang dalam akademik tu ujian...namun mendapat anak yang cemerlang dalam akademik pon ujian juga bagi saya. Apa2 pon saya tetap bersyukur. Sangat sangat.

Since this is my journal so i need to document it here. Bukan untuk menunjuk atau eksen....it's for me to keep as memories. Kalau nak menunjuk saya dah tepek kat FB. Hehe.

Bila result dah keluar ni...mula la ada soalan " Nanti nak masuk SBP/MRSM ke?"
 Hmm....actually soalan yang macam tu ok lagi....yang pening sikit bila ada yang kata, " Lepas ni MESTI masuk sekolah asrama!". Aduhai. Tu kita cerita di lain entry.


Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik