Dari Dapur Janna : Sos Yong Tau Foo

Assalamualaikum semua...

Ok, semalam saya buat yong tau foo sendiri kat rumah. Memandangkan di Keningau ni memang tak ada orang jual yong tau foo jadi bila nak makan ni terpaksa lah kita buat sendiri di rumah. Bila dah buat, dah makan, sedap la pulak. Dah nak iras2 macam beli yong tau foo di pasar malam. Anak2 pon semua cakap sedap. Suami pon kata boleh jual ni. Hahaha. Kembang mak.
Dan macam biasa mesti la ambil gambar dan upload di media sosial dulu sebekum makan.

Bila dah upload gambar ramai la pula yang minta resepi sos nya. Tak kurang juga yang minta saya hantarkan barang sepinggan dua ying tau foo ke rumah mereka. Hehe. Biasala kan.

So hari ni saya nak kongsi la resepi sos yong tau foo ni. Resepi ni dah lama saya ambil dari Facebook sehingga saya sendiri pon dah lupa siapa tuan punya resepi tu. Apa2 pon saya berterima kasih sangat kepada tuan empunya resepi tu sebab sudi kongsi resepi.

Mula2 saya tengok resepi tu saya rasa mscam susah saja nak buat sebab ada dua jenis kuah, satu sos hitam satu lagi sos merah. Tapi semalam bila saya baca betul-betul resepi tu...eh, senang je rupa nya. Hehe.

So tanpa berlengah lagi mari kita tengok resepi nya.

Sos Hitam

2 sudu makan taucu ( saya guna taucu manis)
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat ( saya guna kicap manis kipas udang je, sbb itu je yg ada)
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air.

Cara2:
- masukkan semua bahan2 dalam pengisar elektrik dan kisar halus.
- tuang ke dalam periuk, dan masak hingga pekat.
- siap.



Sos Merah

Bahan2:
½ cawan kacang tanah yang sudah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
Sedikit garam
(Kisar bahan2 di atas hingga halus)

Sedikit minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih, di ketuk.
3 sudu makan cili kisar /cili boh

Cara2:
- panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan cili. Tumis lagi hingga garing.
- masukkan bahan2 yang telah di kisar tadi dan masak sehingga kuah pekat.
- siap.


Senang je kan? Jadi lepas ni boleh la anda semua sediakan sendiri yog tau foo di rumah.

Selamat mencuba

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!