Sahabat untuk selamanya.
Hari Ahad baru baru ni saya ke KK. Tujuan utama nak bertemu seorang sahaat yang dah sekian lama tak bertemu mata. Asyik dok berselisih dalam Facebook sahaja itu pon sekali sekala sebab sahabat saya ni sibuk orangnya. Hehe.
Kebetulan juga encik suami saya pon ada urusan di KK jadi saya pon tumpanglah sekaki.
Bertempat di surau airport KK kami bertemu. Seronoknya lah walaupo sekejap sahaja. Kali terakhir kami bertemu tidak silap saya 6 tahun dulu di MAHA 2010. Ketika itu dia masih berkhidmat di Kementerian Pertanian.
Sufie ni sahabat saya ketika di UPM. Dia junior 2 tahun dari saya, tak silap saya lah. Kami bukan dari jurusan yang sama tapi kami sama-sama aktif bersilat. Kami di sini maksudnya saya, suami dan juga Sufi. Suami Sufi pon kawan kami juga. Geng silat di UPM juga.
Seronok bila dapat berjumpa sahabat2 lama. Yang mana sudah terputus hubungan boleh disambung semula...mana yang sudah sejuk atau suam2 kuku boleh kita panaskan balik.
Semoga persahabatan ini akan berterusanlah hendaknya. Ameen.
Comments