Aileen Diyana, the lucky no. 6!




Alahai, dah 2 bulan lebih baru la mak nak document pasal kelahiran cahayamata mak dan ayah yang ke - 6...sori ye Aileen sayang...bukan mak lupa...bukan mak pilih kasih, tapi tahu2 sajalah..zaman sekarang ni orang lebih gemar rakamkan apa2 berita gembira mahu pun berita sedih di Facebook. Tapi, sebab mak sayangkan blog ni....and I'd rather keep this blog than my Facebook account, so mak tetap akan buat satu entry khas untuk setiap anak Mak. Lagipon blog Mak ni dah berusia lebih dari 10 tahun! Dari ada anak 2 sampai mak ada anak 6!

So...beginilah...pada 11 Februari 2016 baru2 ni Mak telah selamat melahirkan zuriat Mak yang ke-6 di Hospital Keningau yang kami namakan AILEEN DIYANA.
Mak mengaku it was an unplanned pregnancy (macam mak pregnant kan Kak Nana dulu jugak), sebab when i realized that you were inside my womb you were already 20 weeks old. Dah gerak2 pon. Hehe. Walaupun tak rancang tapi mak dan Ayah tetap happy sebab Allah's plan is always the best.

Aileen was delivered 5 days earlier. Pagi Khamis tu mak sebenarnya nak buat kek sebab ada kawan order untuk birthday anak dia tapi mak perasan ada a couple of blood stains di baju Mak. So mak memang tekejut lah sebab Mak tak pernah turun tanda darah , berdebar la jugak walaupon tak sakit. Oleh yang demikian terpaksa la Mak kensel order kawan tu. Sian jugak dekat dia tapi tulah...baik kensel awal2 supaya dia pon boleh cari back up .

Sampai dah tengahari Mak masih belum rasa sakit sangat so Mak rilek2 jelah...sampai nak dekat2 waktu Asar dah rasa sakit dah jugak tapi gap masih jauh...up to 20 minutes . Bag apa semua memang dah siap letak dalam kereta dah. Ayah plak memang tunggu signal dari Mak je nak start kereta pegi spital. Tapi lepas dah solat Asar apa semua pon mak masij belom bagi signal. Malah masih sempat lepak2 kat depan rumah...tengok Umar main2...borak2 dengan jiran. Bila contraction datang mula la muka berkerut2 menahan sakit. Sedar tak sedar dah masuk Maghrib...alang2 dah Maghrib mak tunggu sampai selesai solat Isyak terus. Ngam2 siap solat mak terus ajak ayah pegi spital.

Check in labour room pukul 8.40 malam. Dah bukak 7cm dah. Pukul 9.47 malam Aileen keluar. Haish. Lega sesangat. Tapi memang penat sikit la beranak umur dah nak dekat 40 ni. Hehe.




Aileen weighed 3.2kg when she was born and she was my only child yang baru 30menet lahir dah bersin. Hehe. Comel je. Bila ingat balik saat Aileen lahir...di letakkan di dada...rasa rindu sangat saat tu. Best sangat.

Apa2 pon Mak memang lega sangat sebab despite of my age and masa pregnen pon x berapa fit...mak tetap dapat lahirkan Aileen dengan selamat through normal delivery with no stitches.

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik