Bersusah2 dahulu......






Dah lebih seminggu kereta tak ada. Maknanya dah lebih seminggu jugak Kakak dan Angah pegi skolah berjalan kaki while Nana dan Kak Chik ayah hantar dengan motor.

Nasib baik la sekolah dekat je dengan rumah so boleh la jalan kaki je. Dulu2 masa Sophea sorang je skolah menengah memang tak berani nak bagi dia jalan kaki sorang2 ke sekolah kalau time tade kereta. Tapi skang ni sebab dah berdua dengan Angah so konfiden la skit. Sebab ada kawan.

Dalam 10minit berjalan gitu sampai la sekolah dia orang . Memang tak jauh sangat la. Tambah2 plak sambil berjalan berdua tu sambil bercerita, menyanyi2...jadi tak terasa sangat la .

OK jugak biasa kan diaorang jalan kaki pergi sekolah. Belajar bersusah. Belajar berpanas. Tader la nanti semua nya dah tersedia je. Tader la asyik selesa je naik kereta, tak panas..berhawa dingin. Supaya tak la manja sangat.

Kalau zaman kita dulu2 memang biasa jalan kaki neh. Sekolah bukan dekat2 tapi sebab berjalan beramai2 tak terasa penatnya. Tapi zaman sekarang ni memang parents teragak2 nak biar anak2 pergi skolah jalan kaki sendiri2. Yelah..nak buat macam mana...Malaysia ni kan masih aman. Haish.

Cuma Alhamdulillah la di Keningau ni masih ok lagi. Keadaan di sini masih macam zaman kita dulu2.

Saya ni pon sejak kereta masuk workshop nak ke mana2 pon payah sikit lah. Nak ke pasar terpaksa la pergi time hujung minggu. Naik motor la kita. Hehe.

Owh, buat yang tanya ke mana kereta kami tu...well, hari tu incik suami terlanggar anjing masa on the way nak pegi KK. Boleh tahan besar juga la anjing tu sampai radiator dan air con pon rosak. So kena la repair. Tak tahu lagi la berapa lama baru siap. Bersabar ajelah.

Comments

effa zz said…
dulu-dulu pun jalan kaki ke sekolah.

skarang ni nana nk minta jalan kaki ke sekolah tak kasi. hahaha. over protective sungguh la...

tp sbb, nak balik skolah tu berbukit. walau dalam kem, jauh juga n kena lintas roundabout n jalan besar.

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!