Ulas sikit2 je.

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya bukan nak tepek resepi. Hehehe. Hari ni saya nak membebel je walaupon sebenarnya saya masih ada terhutang beberapa resepi dengan kawan2 . Resepi Roti Naan belum update...dah ada kawan ni mintak resepi nasi beriani...resepi kari kambing lah..aduhai. Sabar yer kawan...nanti saya akan update satu2.

Banyak sebenarnya yang saya nak cerita kan...dari cerita banjir besar di kampung saya baru2....pastu cerita anak2....cerita pasal kes nak rotan2 anak la....macam2 lah. Tapi tu la..keadaan sangat la tak mengizinkan saya untuk mengadap laptop lama2.  Asal nak mengadap je ada orang . Hehe. Almaklum, laptop ada 1 jer.



Banjir. 

Banjir yang berlaku baru2 ni memang banjir terbesar la yang pernah saya tengok. Sayang nya saya tidak berpeluang untuk merasainya sendiri sebab tak balik kampung pon hujung tahun lepas. Jadi saya cuma dok berdebar2 depan laptop sahaja. Hari2 telefon ke kampung tanya perkembangan. Adik2 yang dok kat rumah my mom pon tak boleh nak update status di Facebook...nak buh gambar pon tak boleh nak tunjuk kat adik2 beradik lain yang jauh...sebabnya bateri fon dah kong, letrik pon tak ada nak caj. Seminggu juga la h letrik tak ada. Memang menguji sungguh. Tapi dalam pada kami merasa susah tu hakikatnya kami ni di kira masih jauh beruntung kalau nak dibandingkan dengan saudara2 senegeri kami yang berada di Kuala Krai dan Gua Musang. Bukan setakat letrik tak ada....dengan rumah2 nya sekalo hanyut di bawa air. Lagi sedih. Sekelip mata je mereka hilang harta benda yang dah di kumpul sekian lama. Tapi itulah nama nya ujian...kehendak Allah s.w.t.

Namun hikmah dari kejadian banjir besar ni kita dapat lihat rakyat negara kita bersatu padu...berganding bahu dan tenaga serta wang ringgit beramai2 menghantar bantuan kepad mangsa2 banjir ni. Dah tak kira dah apa bangsa..apa agama...semua tu dah tak jadi isu dah.

OK lah...tu jelah dulu. Nanti bila2 saya ulas pasal rotan plak yer...


Comments

Effah Mahat said…
How I miss the time bila dok depan laptop je keje... update blog, baca blog kakak2 ...

MISS YOU KAK!!

Unknown said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak