Selamat Pengantin Baru Adek and Almie !



Adek bongsu kesayangan kami akhirnya sudah selamat bernikah. Baru nak cerita ni sebenarnya. Hehe.

13 September 2014 baru2 ni ...akhirnya lengkap lah kami 10 beradik anak2 Cikgu Wan Muhammad dan Wan Hasnah sudah bernikah dan berkeluarga.

Jejaka bertuah yag berjaya mencuri hati adik bongsu kami ni bernama Mohd. Almie....orang Melaka.  Baik dan sopan orang nya. Hehe. Memang sesuai dengan adek bongsu kami tu.

Saya tak pasti la macam mana mereka berkenalan...sebab tidak la pula saya menemuramah adik saya tu. Semua adik beradik pakat balik..yang dekat mahupon yang jauh.

Yang special kali ni....adik saya telah di nikahkan sediri oleh my Abah. Abah ni...walaupon ada 9 orang anak perempuan...sebelum2 ni memang tak pernah lagi nikahkan anak sendiri. Semua pakai kadi je. So bila sampai turn adik bongsu kawin ni memang kami nak sangat la tengok Abah yang akadkan pengantin. Akhirnya tercapai jugak hasrat kita orang...lagi pon lepas ni dah tade dah adik badik yang nak kawin kan.

Sayu la pulak bila tengok Abah nikahkan my adik bongsu tu. Bergenang ayaq mata. Haish. Apa2 pon semua nya dah selamat.

Memandangkan cuti pon pendek...jadual pon pack. So semua macam rush2 dan tergesa2. Saya po tergesa2 juga balik ke Pulau Indah. Penat drive balik ke KB pon tak hilang lagi dah nak drive balik ke rumah mertua la plak. Tapi..dalam pada nak balik sana tu masih sempat singgah Cameron Highland...adik lelaki saya la yang mengajak. Saya pon memang tak penah2 lagi sampai Cameron, akhirnya berjayala jugak pijak kaki di Cameron Highland. Cuma tu la..pegi time cuti skolah punya la ramai orang...jam sana sini. Tapi tak tido sana pon....sebab tu saya kata singgah. HEhe.

Lepas acara di KB kena la pulak bertandang ke Melaka pula. Maka berbondong2 lah rombongan CIk Kiah pakat ke Melaka. Sepupu sepapat yang memang ada di Lembang Klang semua nak join. Yelah..bukan selalu dapat berkumpul ramai2 macam ni kan. Nak2 plak family kami ni besar dan ramai. Hehe.

Selesai majlis di Melaka sedar2...dah nak habis cuti skolah dah. Haish. Siyes tak puas.

Tapi tak apa lah......insya Allah ada masa , ada rezeki...dan ada kesihatan yang baik kita akan kumpul2 lagi.....

Untuk Adik bongsu kesayangan Kak Ja.... Fatien Adibah dan suami.. Mohd Almie...kak ja sekeluarga ucapkan " Selamat Pengantin Baru....semoga tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan berumahtangga...." Jaga adik kami tu baik2 ye Almie......hehehe.  ADek dok Melbourne tu elok2 yer.. masa ni la adek nak belajar masak2....hehehe.....beli la Corelle banyak2.  I love dek ! LOve you so much !

Comments

fatienwm said…
Thank you Kak Ja! miss you.. harini sy dok baca blog awak plop. hihi

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!