Rindu sebenarnya ni.

Suka sangat tengok gambar ni...my Ma and Abah with my sister Kak Ngoh and her son Lutfi. Bergambar kenangan di Candi Borobudur, Jogjakarta.

Alhamdulillah...sampai juga Ma dan Abah ke Jogja. Kak ngoh yang sponsor. Tq Kak Ngoh ! Saya tumpang gembira untuk Ma dan Abah. Dah berumur macam ni dapat pergi berjalan2, kenal tempat orang. Dulu2 masa muda2 mana la ada masa, dan duit untuk berjalan2. Anak berderet2, umur pulak rapat2.

Alhamdulillah juga Ma dan Abah masih di beri kesihatan yang baik....maka boleh la berjalan2. Sebelum ke Jogja ni Ma dan Abah dah sampai ke Jakarta, pon kak Ngoh yang bawak. Awal tahun baru2 ni Ma pergi umrah dengan Abah serta dua orang adiknya - Che Noh and Che Moh. Pastu masa bulan 8 hari tu nak ke Padang, Indonesia...tapi tersekat plak dekat imigresen Penang sebabnya passport dah nak dekat expired (kalau kita nak ke luar negara, pastikan passport kita masih hidup (?) dan lebih 6 bulan dari tarikh expired) so tak jadi la ke Padang.

Jepun dan Australia pon Ma dah sampai....Singapore ,Sabah , Sarawak toksah kata laaa...hehehe.... at this age Ma gets to do things for herself, boleh pegi masjid solat jemaah Maghrib ISyak setiap hari...boleh pegi kelas mengaji, dengar ceramah ugama...tader dah nak pikir2 jaga cucu ke apa....nak berjalan ke mana pon tade halangan. Nak ke pasar ke apa ke Ma cakap je kat Abah, mesti abah akan bawakkan sebab Ma memang tak boleh drive atau bawak moto. Memang ada adik saya sorang dok dengan Ma kat kampung, tapi dia tetap hantar 3 orang anak nye ke nursery sebab tak nak susahkan Ma. Yer laa...cukup2 la Mak kita jaga kita dari kecik kan...takkan la dah tua2 ni nak jaga cucu plak. Lagikan kita jaga anak pon merungut penat...apa lagi kalau orang tua. Saya kesian jugak dengan mertua saya yang masih kena jaga cucu. Seharian dari pagi sampai petang. Mandikan, basuh berak, tidurkan cucu dia...aduhai.....memang tak boleh nak buat benda lain. Nak berjalan lagi lah.

"YA Allah ! Kau ampunilah segala dosa kedua orang tua ku dan kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil dahulu....dah kau berikan la kesihatan yang baik buat kedua nya... Ameen. "



Comments

kipp NOW IN KL! said…
ghano yang gigih nak jage cucu? fisabilillah katanya..

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!