8 years

Lama tak cerita perihal anak2. Hehe. Actually, dah lama tak bercerita tentang apa2 pon, kan ?

My 3rd daughter Yasmin sangat la suka membaca entry2 lama saya di blog ni ( menurun sapa la agaknya tu? Hehehe) . So kalau tab ada di tangan dia mesti dia akan buka dan belek entry2 lama terutama kalau posts pasal diri dia masa kecik2. Hehehe. Nanti dia akan senyum2 sorang2. She will go through all the previous posts, tengok gambar, tengok video2.

Bila tengok Yasmin suka sangat baca blog saya  , saya rasa bersyukur sangat that I have this blog . I'm really glad that dulu saya berpeluang untuk merakam cerita, gambar2, serta telatah anak2 masa mereka kecik2. I created this blog since July 2005 lagi dan masa tu Yasmin dan Aina pon belum lahir. Kisah masa mengandungkan mereka, kisah macam mana mereka berdua dilahirkan semua saya karangkan di blog ni. Sekarang ni Yasmin dan Aina pon dah besar, dah pandai membaca , dan mereka boleh membaca sendiri tulisan asal saya mengenai mereka. Cerita2 yang masih fresh dan first hand malah some of the stories and memories tu saya sendiri pon dah tak ingat. Terutama kisah2 dan gelagat anak2....tak semuanya kita akan ingat, kan ?

Cuma sejak2 akhir2 ni saya memang agak kurang aktif menulis. Masa ada anak2 kecik dulu idea sangat la banyak, mungkin juga sebab masa ada anak2 kecik2 dulu kerap sangat rasa stress so keraplah meluah di blog, Hehehe. Sekarang ni anak2 pon dah besar2....dah rileks skit.

Apa2 pon I will keep blogging. Entry2 di blog ni sangat2 berharga. Kalau Mak dah tak ada besok anak2 masih boleh membaca dan mengenang kenangan pahit manis kami semua bersama,...


Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!