:)

Tadi call my mom. Dia baru balik dari Cameron Highland. Wah ! Jauh sungguh pergi sambut Mother's Day, hehehe. Saya pon tak penah sampai lagi Cameron tau. Hujung minggu sebelum general election tu dah pergi Perak, kenduri bertandang my cousin yang dapat orang Perak.
Ni, hari Rabu ni nak ke Singapura pulak rumah my sister sebab anak my sis ....err, my niece la kan convo. Dapat la my mom tengok cucu sulung dia convo. Busy sungguh my Ma and Abah ke sana ke mari. Dah macam YB plak melawat kawasan. Hihihihi. Kuat sungguh berjalan.


" Lepas ni nak gi mana plak Ma ? " saya tanya sambil ketawa2, Ma pon turut ketawa dan di hujung telifon sayup2 dengar suara Abah menjawab...." nak pegi Padang (Indonesia) pulok !" . Tudiaa...berjalan sungguh Ma dan Abah dua sejoli ni !

Apa pon, I'm really happy for my mom and abah. When we were younger and still small, my mom never had the chance of going here and there for jalan2. Jangan harap la nak berjalan2 sebab anak2 ramai , umur pon rapat2 so sentiasa la Ma saya ni ada "bag tangan" . Jadi bila sekarang saya tengok Ma dapat pergi banyak tempat berjalan2 dan kenal tempat orang  maka saya fikir pengorbanan dia sebelum ni sangat berbaloi. Sekarang dapat berjalan puas2 berdua je dengan Abah....ke mana2 pon. Sementara masih sihat walafiat ni la.

Ma kata ,dulu angan2 dia cuma nak ke Mekah ajelah...tak pernah berangan nak ke Indonesia, Australia...apa lagi Jepun...tapi sampai juga .

Saya berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kedua Ma dan Abah saya....Ameen....

Sayang Ma dan Abah selama2 nya.......

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!