Al- Fatihah.

Hari Sabtu baru2 ni saya mendapat berita bahawa one of the teachers here - Cikgu Muji telah diserang strok. Saya kenal gitu2 je dengan beliau. Tapi encik suami memang kenal la dengan dia walau pon tidak rapat mana ....tambahan pula dia juga orang Kelantan. Sesiapa yang biasa melihat dia memang tahu dia memang sempoi orang nya. Selalu bermotosikal je ke mana2.

Maka semalam, hari Ahad saya dan suami pergilah ke hospital melawat beliau. Ramai kawan2, kenalan yang datang melawat, namun sayangnya, beliau tidak dapat melihat semua tu kerana tidak sedar diri . Ketika itu kakak beliau yang baru sahaja sampai dari Kelantan yang menjaganya sementara isteri beliau balik ke rumah sekejap.

Hari ini, Isnin saya mendapat berita bahawa Cikgu Muji telah pon kembali ke rahmatullah kira2 jam 11.30 pagi tadi. Walaupon kami semua tidak lah begitu terkejut dengan berita itu namun kami semua tetap berasa sedih dan kehilangan. Semuanya berlaku begitu pantas. Jenazah arwah akan diterbangkan balik ke Kelantan untuk di semadikan di sana. Kesian anak2 arwah yang masih kecil.....sudah jadi anak yatim.....tiada lagi Ayah untuk bermanja.....

Sesunguh nya mati itu pasti.....dan kita yang masih hidup ini juga akan mati...bila, di mana dan bagaimana kita tidak tahu.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 arwah dan menempatkan rohnya bersama roh orang2 yang beriman. Ameen.

Al- Fatihah. Al

Comments

mcqueen said…
salam,

AL_FAtihah... sesungguhnya arwah adalah antara manusia baik yg pernah saya dan keluarga kenal. Kehilangan arwah amat2 kami rasai. semoga isteri arwah mampu mengharungi dugaan yg Allah berikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Cikgu Muji dan ditempatkan bersama2 hamba-Nya yg yang beriman.

Faizah fauzi

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak