Penghormatan Terakhir.

Jiran sebelah rumah saya meninggal dunia. Itu pon saya tahu setelah saya nampak van jenazah masuk. Maka saya pon tertanya2 la siapa yang meninggal. Setelah di risik2 rupanya uncle yang selalu saya nampak berjalan2 di taman ni....

Saya tak kenal sangat dengan mendiang, tetapi kalau berselisih di jalan mesti kami akan berbalas senyuman.  Jadi bila saya dapat tahu uncle tu yang meninggal ia agak terkesan di hati saya . Maka petang tadi buat pertama kali saya ke rumah mendiang memberi penghormatan terakhir dan itu lah juga kali pertama saya melawat jenazah orang Kristian.

Pada mulanya saya memang teragak2 hendak ke sana kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman melawat jenazah orang bukan Islam, Risau juga kalau cara saya tak kena ke atau macam mana ke tambahan pula adalah agak segan nak pergi sendirian. Mujurla petang tadi jiran saya Anis datang ke rumah dan mengajak saya ke sana. Terus la kami berdua ke rumah jiran saya tu.

Apabila sampai saya dapati ada beberapa orang tetamu, ada yang duduk di dalam rumah, ada juga yang sedang lepak2 di luar rumah. Mungkin mereka adalah saudara atau juga kenalan mendiang dan keluarga. Kami berdua terus sahaja masuk dan berjumpa dengan balu mendiang yang kami panggil Auntie je...huhuhu...siyes , tak tahu apa nama Auntie tu....kami bersalam dan berpelukan...anak2 auntie pon ada juga di situ.

Keranda mendiang di letakkan rapat ke dinding...dan pada bahagian atas penutup keranda adalah lutsinar membolehkan para pelawat menatap wajah mendiang buat kali terakhir. Tapi saya tak tengok pon....Anis pula cuma jeling2 saja , katanya. Entah laa....tak ada keberanian di situ.

Setelah bercerita dengan anak2 mendiang dan balu nya, rupanya mendiang meninggal kerana penyakit tirod nya. Terus la saya teringat....yer, bahagian leher uncle tu memang bengkak sikit. Mendiang meninggal setelah 6 hari berada di hospital. Mayat mendiang akan dibawa ke KK pada hari Isnin nanti untuk dikebumikan....

Rest in peace uncle dan semoga auntie dan anak2 sabar dan menerima pemergian uncle dengan hati yang sabar.....


Comments

nonie said…
1st & last time visit non-muslim meninggal masa kita 6 tahun... jiran gak, India Christian, anak dia meninggal barah otak... tapi elok plak kita mengadap casket tu kat hujung kaki mayat tu... Alhamdulillah nasibla takde plak terngigau ke hape huhu...
Pak Man said…
Lama tak singgah sini.
Sudah banyak berubah.......tahniah.

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik