Temasek : A Visit.





Meh la saya cerita masa saya pegi ke Singapura baru2 ni.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami merancang nak ke Singapura tapi tahun ni baru la betul2 jadi.  Anak2 dan Cik Habang memang tak pernah sampai lagi dan saya sendiri pon dah lamaaaa tak ke sana juga.

Kami pegi naik keretapi hari Selasa malam Rabu (27/11). Aduhai...keretapi pon kami dah lama tak naik juga. Dapat plak tempat duduk je so lenguh nya boleh tahan la jugak. Kalau dapat tempat tido best la sikit...at least2 goyang2 ketapi tu boleh la kami imagine macam goyang2 tido dalam buaian. 

Hehehe.

Suami saya bawak mak nya sekali...jalan2 kenal tempat orang. Lagi pon Mak pon tak pernah juga lagi sampai Singapura. Kami sampai di Woodlands Checkpoint pagi2 lagi. My eldest sister, Kakak  and my niece Ann yang jemput and bawa kami balik naik teksi.


Sampai rumah Kakak lepas sarapan Cik Habang dan mertau sambung tido. Hehehe. Lepas solat zohor terus kakak bawak kami jalan2.

Kat sini kami jalan2 dengan MRT je. OK je naik MRT sebab cepat dan tak der traffic jem. Cuma kesian dengan mertua ajelah sebab kaki nya sakit plus dia memang tak biasa berjalan2 kaki jauh2. Tapi bila sampai tempat soping terus tak ingat kaki yang sakit, hihihihihi.

First day lagi kami dah soping segala mak nenek souvenirs . Dengan t-shirt nye la, keychain la....and kalau ahkak mesti la nak soping FM ! Hehehe. Balik dari soping2 di Mustafa Centre sampai rumah terus pensan . Hahaha. Penat siot!

Esok nya kami rest kat rumah je tak pegi memana. Simpan tenaga dan kasi kaki rehat sebab the next day nak pegi USS plak. Hehehe.

Actually, plan nak ke USS tu kami tak sangka la plak jadi dan boleh pegi sebab risau juga kalau terlebih budget but my husband kata since dah sampai Singapore elok la juga kalau terus pegi USS. alang2 dah sampai kan. Tambah2 pula masa tu offer untuk pembelian tiket secara online masih ada . So kami pon cepat2 la beli tiket. Kami dapat harga tiket $60 untuk dewasa dan $45 untuk kanak2. So semua2 kami 6 beranak kami cuma spend $300. OK la tu. Tu pon dapat lagi tiket masuk ke Maritime Musuem free. Owh, my MIL tak ikut sebab dia kata dia tak larat nak jalan, hehehe.

So hari Khamis tu kami pon  bertolak la ke USS dengan menaiki MRT. Kami2 je tau. My sister or my niece tak ikut pon sebab diaorang dah pegi dah. Tapi my sister dah bagi arahan la kena benti2 kat stesen2 mana, kena tukar tren berapa kali.....cuak juga saya. Tapi tu la...yang penting janganla nak malu2 bertanya kalau tak tahu .

Dari Stesen MRT Yew Tee kami turun di Stesen Harbour Front. Pastu amek pulak monorel ke Sentosa Island, turun di pitstop yang pertama terus jalan2 kaki ke USS.

Anak2 la yang paling seronok ! Yasmin siap cakap macam dalam mimpi je....hahahaha, sabarjelah . Mak Ayah pon happy bila anak2 semua happy.
















Tapi ada banyak juga permainan yang kami tak sempat nak cuba.Macam tak cukup je sehari kalau nak pusing semua..ehehe. Tapi Sophea and Laila sempat naik rollercoster kat situ. Mak tak berani...! Huhuhu...mak tunggu and tengok dari bawah je sambil berdoa biar anak2 selamat. Hahaha.

Sebelum balik kami beli la juga sedikit cenderamata buat kenang kenangan.

Hari Sabtu (hari terakhir di sana) Cik Habang ajak naik kereta kabel. Dia memang teringin nak naik sebab masa ke USS hari tu memang ada nampak kereta kabel dok bergantungan2 menyeberang laut. So usahala search dekat internet cemaner nak naik cable car ni. Rupanya kena naik dekat Harbour City tu jugak...so ok la sebab dah tahu jalan.  Kali ni my MIL ikut. Untuk naik cable car ni setiap orang dewasa kena bayar tiket $29 dan kanak2 plak $18. OK la kan.

Tapi memang best jugak nak cable car ni. Seriau dan gayat pon ye jugak sebab tinggi dan tergantung2. Pastu teringat pulak cerita Pak (my BIL) pasal kes cable car kena langgar dengan kapal tangki minyak and 7 orang mati.....huhuhhuuu....memang buat hati ni berdebar2 ! Tapi seronok ! Lepas dah selesai naik cable car perut pon dah berbunyi2...so kami pon turun pegi ke Vivo City cari makan. Kami makan dekat banquet kat situ.....Cik Habang and my MIL makan nasi ayam, sophea and laila makan mee ape ntah..saya plak pekena laksa (actually macam mee kari ) and untuk Yasmin dia makan fish and chips . Sedap2 semua nya. Owh, mebi juga sebab tengah lapor kan.

Cuma saya nak bagitahu tak susah nak cari makanan halal di Singapura. Bukan apa saya ada came across a couple of people ni yang dok kata sangat susah hati nak makan di Singapura. Sampai ada yang kata asyik dok makan fastfood je sebab tak jumpa nasi. Aduhaaiii....baru je seberang tambak..belom lagi pegi negara2 luar macam Korea ke....Eropah ke.....kalau ke Singapura cari je gerai2, restoran2 atau tempat2 makan yang ada tertampal sijil halal...insyaAllah di jamin halal lah. Tak perlu nak susah2 hati. Kat dalam USS tu pon banyak restoran Halal...cuma mahal je la. Hehehe.

Overall memang best pegi singapore walaupon memang agak banyak SingDollar yang habis. Hehehe. InsyaAllah kalau ada umur panjang, ada rezeki kami nak datang lagi sebab ada banyak lagi tempat yang kami belom pegi macam Singapore Flyer, Singapore Zoo and Night Safari, Ochard Road pon kami tak sempat pegi ....

Kepada my Sister Kakak, my BIL Abe Long and to all my nieces Kak LOng, Kak Nga and Kak Ann...terima kasih semua !  We miss you so very much ! Semoga kita dapat bertemu lagi ya !









p/s : Kalau nak tukar duit jangan la tukar di USS punya money changer...mahal gilak ! tukar la di tempat lain...eheheh.



Comments

paNavia said…
I nak LIKE banyak2 post ni especially 2 gambar last tu.. hahaha
hahaha! Tq nana!

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak