Bersiaran dari Keningau




Alhamdulillah..kami dah selamat sampai Keningau.

Yer ,kami memang selalu balik awal skit dari orang lain. Bukan apa, tak suka sangat la balik rapat2 dengan cuti....sebab nanti kalut. Kalut nak kemas, kalut nak prepare hal skolah anak2....serba serbi kalut lah.

Kami bertolak dari Kota Bharu 20/12. Tak sempat nak join kenduri aqiqah Ariz anak my 4th sis. Tak apalah. Saya dan anak2 naik flight....incik suami plak drive all the way from KB to KL sebab nak bawak balik kereta.

Bila nak balik Sabah ni tak semangat betul nak mengemas kain baju. Tak macam kalau time nak balik kampung ...sangat la semangat ! Hehehe. Nasib baik la flight kol 5.30 petang so pagi tu masih sempat membasuh dan mengeringkan baju. Hahaha.

Saborjelah kan ? Kol 3.30 ptg nak turun gi airport kol 1 petang masih gigih keringkan segala baju bajan ...aduhaii....Yer, terpaksa turun awal dari rumah walau pon perjalanan dari rumah ke airport cuma 15 minit sebab nya naik AirAsia. Tahu2 la kan kalau AA ni.





Sebakul haaa baju bajan yang nak dikeringkan....bini sapa la yang "rajin" sangat neh.....



Sementara tunggu kain2 dalam dryer kering saya sempat lagi melempeng ...buat durian crepe. Konon nak bagi kakak2 and adik2 saya yang belom rasa cuba....tapi sayangnya, my mom cakap hari Sabtu tu Durian Crepe yang manis itu telah bertukar menjadi masam. Owh....maknanya DC memang tak boleh di simpan2 lama2 laa.....ok2...tau dah.




Dapat la dalam 4 bekas...



Sampai LCCT saya di jemput oleh adik lelaki saya yang sudah lebih 2jam menunggu. Hahaha.

Kesian my brother Welloh. Dia kata dia siap makan, tido...pastu bangun, pastu tido lagi pastu bangun lagi....pastu cukur janggut 2 kali....tapi kami tetap tak sampai2....Hahahaha.

Kami transit kat umah Welloh kejap. Solat. Sambil tunggu Encik Suami sampai. Kol 10 malam baruuu la sampai. Tu pon dia terus pegi kedai makan tempat kami tengah dinner. Hehehe.

Malam nya kami balik ke Pulau Indah.

Esok nya sempat lagi kami merayap ke Melaka. Hehehe. Nak jumpa Melea punya pasal. Makan nasi beriani dan nasi arab kat kedai dia di Padang Temu. Lepas Maghrib di bawak nya kami pegi makan Tandoori dan Roti Naan.....sedapnya lah. Hati puas ,perut pon kenyang. Hehehe. Balik dari Melaka sampai Pulau Indah kol 11.45 malam. Nasib baik tak hujan sangat.





Esok nya pagi2 lagi kami bertolak ke Bangi rumah my sister Kak Noor. Sebab nya nak turun ke airport dari sana. Lepak2 kejap . Pastu terus pegi KLIA.

Sekali highway jem daaa....aduhai...tapi alhamdulillah simpang ke KLIA jalan clear. Rupanya memang jalan menuju Utara, Selatan and Timur semua sesak dengan kereta2. Orang semua pakat nak balik kampung beraya Krismas. Hehehe....


Terima Kasih kepada semua adik beradik, saudara mara, kawan2...juga minta maaf kepada kawan2 dan sedara2 yang tak sempat nak jumpa. Apa boleh buat masa tidak mengizinkan.....insyaAllah kita dapat bertemu di lain waktu......ameen.

Comments

Effa said…
teringin nak buat durian crepe. Bila la rajin nak datang ni? hehe
buatla Fa...eheheeh...
PM said…
Tumpang baca.......

pakman laksam.
Baco la pakman...bulih blana..hehe

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!