Rindu juga.

Ketika mengarang entry yang sebelum ni hati saya membuak2 rindu kepada UPM. Aduhaii....memang banyak kenangan di situ. Masa saya mula2 masuk tu nama nya masih Universiti Pertanian Malaysia (Unipertama), lepas tu bila saya di semester kedua baru la PM ketika itu tukar jadi Universiti Putra Malaysia (Uniputra)....

Di sana lah saya belajar, di sanalah saya bertemu cinta dan jodoh....haish.

Sebelum saya masuk UPM Serdang saya amek Matrikulasi setahun di UPM Terengganu ( currently known as Universiti Malaysia Terengganu ) pastu bila buat degree baru la ke Serdang.








Masa mula2 daftar, saya mendaftar di Kolej Canselor, dulu nama dia Kolej Kediaman Keempat. Saya telah di hantar oleh kakak saya , Kak Ngoh sefamily. Masa tu kakak saya Halilah pon masih di UPM juga.


Saya ditempatkan di bilik 237...eh, ke 273? Hahaha, mana2 lah...tapi memang  Blok Masria. Bilik saya tingkat yang paling atas. Penat naik turun tangga. Roomate saya masa tu Kak Zaiton, student tahun akhir Bac.Sains Pendidikan Kimia. Saya duduk berdua je dengan dia.Kat mana la dia sekarang yer....




Saya cuma tinggal di kolej selama setahun sahaja. Lepas tu saya keluar er...sebenarnya saya terpaksa keluar sebab tempat terhad dan tinggal menyewa ramai2 di Taman Seri Serdang, rumah nombor 618. Best jugak tinggal menyewa ni. Housemate pon best2. Masa tu kami tinggal bertujuh - Mama, Kak Nonie, Kak Gee, Kak Emi, Kak Anis, Zaitu dan saya. Tapi lepas tu housemate bertukar2...biasalah. Bila ada yang keluar sebab dah habis belajar maka masuklah orang baru. Tapi semua pon best2.




Ini la fakulti saya dulu, Fakulti Ekologi Manusia. Tapi ni gambar baru ni sebab dulu2 bangunan Ekologi ni buruk, ehehehe...dan nampak sangat creepy, lebih2 lagi kalau waktu malam.





Ni pulak flat ikan. Hehe. Kami student2 UPM memang panggil Flet Ikan.Nak tahu kenapa ? Sebab dulu2 flat ni bersebelahan dengan Fakulti Perikanan. Tapi lepas tu fakulti tu sudah dipindahkan ke UPM Terengganu tapi flet tu masih kekal dengan nama flet ikan sampai sekarang. Kat bawah tu ada banyak kedai2, kedai makan ,kedai fotostat tapi kedai fotostet yang saya keje tu bukan kat sini. Kakak saya penah menyewa di Flet Ikan ni. Saya ingat lagi rumah dia...Blok 3, tingkat 3, rumah nombor 3. Ramai juga student2 yang menyewa di flet ni.



 

Ini pula Kolej Kediaman Kelima, kolej suami saya. Saya tak ingat la dia duduk blok mana. Tapi blok2 di Fifth (kami panggil gitu) semua nama ikan, Kaloi, Kelah...Kerapu Todak
Tongkol Buntal Jerung....hahahaah...tader lah....main2 jer....tapi Kaloi Kelah tu memang ada. Hehehe. Masa saya masih tinggal di Canselor, saya suka datang makan di dewan makan Fifth walau di Canselor dah ada dewan makan juga. Tapi kadang2 kami bosan jugak makan guna tray and kena ikut time yang di tetapkan, so datang la Fifth sebab dekat pon dekat.hehehe. Masa tu suami saya pon belom masuk UPM lagi so saya pon tak kenal pon dia lagi la. Paling sedap makan kat sini ialah yong Tau Foo. Sedapnya lah.




Ini pula fakulti suami saya. Fakulti Pertanian. Actually, suami saya ni ada dua fakulti, satu lagi fakulti pengajian pendidikan.





Babe, ni bangunan baru fakulti you laaa...dah lawaaa...



Ha...ni pulak fakulti pengajian pendidikan.




Masa di UPM saya dan suami memang aktif bersilat. Sambil bersilat boleh dating juga, ehehehe...Kami bersilat di padang sebelah Kolej Tun Perak. Owh, kakak saya duduk di Kolej tu. Kakak saya aktif di kolej, so dia memang boleh tinggal di Kolej sampai dia tahun akhir pengajian.





Kadang2 kami training di Bukit Ekspo. Dulu2 selamba je lari 10 pusingan keliling padang ni. Kalau ada Pesta Konvo di atas astaka tu la apa2 persembahan akan di buat. Haish. Rindunyalah. Selalunya kami training belakang astaka tu. Sambil training sambil kutip buah katak puru dan buah pala.




Tu gerai2 khas untuk Pesta konvo. Memang dah sedia ada macam tu. Pesta konvo UPM memang best. Besar dan betul2 macam pesta. Ada macam2 gerai. Setiap persatuan dan kelab yang ada di UPM pon akan diberi satu gerai. So tiap kali pesta konvo kami memang busy la buat persiapan. Ahhh ! Bertambah2 rindu.



Gambar kat atas ni ialah gambar Mines Shopping Fair. Ni la tempat lepak student UPM. Sekarang ni tak tahu la sebab student2 sekarang lagi advance kan ? Tambah2 pulak tempat lepak dah makin banyak. Ni la tempat dating ....hihihih...juga tempat makan2, tempat kami pegi main bowling dan juga tengok wayang. Tu pon kalau ada duit lah. Hehehe.


UPM ni masa isi borang UPU pilihan kedua saya tak silap. Tapi suami saya lagi best, UPM memang langsung tader dalam senarai pilihan Universiti yang dia mintak, tapi dapat jugak ! Dah la tu dapat pulak course yang dia tak mintak ! Tapi Allah dah susun dah macam tu...walaupon dia tak mintak UPM tapi dapat...other wise we woudn't have met each other, right ? Rindunya dengan semua ni. Terbayang2 suasana masa jadi student dulu. One of the best moments in my life. Sangat enjoy.





P.S : Gambar2 di dalam entry ni semua nya adalah hasil Google Search.

Comments

Unknown said…
Sala. akak.. if it's okay to ask,kolej canselor jauh tak dengan fakulti ekologi manusia?
Alahai, baru nampak komen ni..kolej canselor dgn fakulti ekologi ni...kalau jalan kaki..penat juga..tp kalau naik motor or kereta tidak lah jauh mana...

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak