Hotel Transylvania : The Review Betul2 Punya ! Hehehe

 Masa ni baru la ada mood nak bergambar sebab tiket dah berjaya di jual balik, hehehe.


Yer...kali ni betul2 punya dah . Entry lepas tu tak apa la..to those who knows me tau sangat dah perangai saya kan ...

So, movie ni best! Saya bagi 4 bintang . Lawak dia memang kelakar. Ada jugak part takut2 tapi part takut tu cuma sebagai intro kepada lawak jer. Hahaha. Suka2 ! Ada juga part sedih2 and part yang menyentuh hati....kiranya semua ada lah ! Cukup perasa lah.

Watak2 dalam movie ni pon best, Mr. Dracula ( suara oleh Adam Sandler)  memang kelakar. Saya sendiri tak cam tau suara Adam Sandler ! Pandai dia bercakap dengan with different accent seolah2 memang macam orang Romania cakap English.  Cuma anak dia Si Mavis ( suara oleh Selena Gomez) tak la plak cakap pelat macam bapak dia. Elok je English dia,

Hahaha.


Watak Johnny pon best. Bila teringat balik konfirm saya senyum sorang2.  Johnny ni saya tak tahu suara sapa yang dia guna....tak ingat tu sebab tak berapa familiar with his name...itu yang tak ingat tu . Kawan2 Drac pon best2....Murray, Frank, Wolf tu...Mr. Invisible Man....masing2 dengan karakter masing2.

Owh ! Soundtrack dalam movie ni pon best2 jugak ! Saya tak boleh la nak cerita lebih2. Tapi kalau anda ada plan nak bawak anak2 tengok movie , movie ni is highly recommended. Cuma saya tak berapa nak enjoy tengok movie 3D pasal kena pakai spek dia tu kan....dah la saya ni memang dah pakai spek, kena plak pakai spek 3D tu plak...berlapis2 la spek kiranya.....Rasa nya kalau saya tengok yang versi 2D saya akan berasa lebih selesa.

So itu sajalah review dari saya. Nampak nyer cerita macam mana nak beli tiket  movie ni adalah lebih panjang dari review pasal movie ni sendiri.

Hahaha. Mana bleh cerita lebih2, kalau awak semua nak tahu kena la tengok movie ni sendiri.

Kan Cik Tisam kan ? Kan ?



Comments

tsam_ismail said…
tersedak2 bila namaku diseru giteww hahaha..ye betol betol betol!untuk pengalaman dan kegembiraan maksima,sila lawati panggung wayang terdekat anda dan tonton cerita ini.dijamin tidak rugi hihi
worth every penny ! :)

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak