Dugaan

"Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya."

I read this as my sister's in-law's Facaebook status. Dia sekarang tengah di uji dengan ujian yang agak berat.

Apabila kita berada di dalam kesusahan, di uji dengan masalah dunia yang pelbagai tiada yang lebih bermakna buat  diri kita apabila seluruh ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai memberi semangat dan sokongan serta tolong mendoakan. Walaupon ia tidak dapat menyelesaikan masalah kita namun sekurang2 kita tahu kita tidak keseorangan.

Dan sebagai seorang Muslim kita tentulah percaya bahawa setiap berlaku itu ada hikmah nya. Setiap perkara yang berlaku itu adalah atas kehendak dan dengan izin Allah S.W. T. juga. Mencari kesalahan serta menuding jari kepada orang2 tertentu tidak akan mengubah keadaan. Ia juga lansung tidak akan membantu malah akan menambah derita di hati mereka yang menanggungnya.

To my sis....banyak2 bersabar yer...remember, our never ending support and prayers are always with all of you .

Comments

salam pekenalan dari umi ...cari resipi pancake terjumpa blog sis ..

umi doakan agar.. masalah yang berlaku ke atas kakak sis dpt diselesaikan dengan mudah .. amin2

harap kakak sis tabah menghadapi dugaan ..amin
Salam perkenalan juga umi...terima kasih atas doa umi tu, :))

Jemput la datang ke sini selalu ya ? :))

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak