Trip to Miri/Brunei (15-17 September2012)

Seperti yang saya janji kan skang saya nak cerita la pasal our short trip to Miri and Brunei. Kalau anda semua nak tahu after 12 years in Sabah ni la first time kami ke Brunei dan Miri. Tak apa lah asal sampai la jugak.

Bukan apa, alang2 dah berada di Borneo ni kalau boleh nak la sampai ke tempat2 menarik dan utama di Borneo ni. Kalau pon tak dapat pegi semua dapat pegi ke sebahagian tempat pon jadi lah.

 Plan nak ke Miri dan Brunei ni sebenarnya dah lama ada cuma kali ni la baru dapat direalisasikan. Mula2 nya kawan2 yang lain tak dapat nak pegi sebab ada hal lain, tapi ntah macam mana last minute jadi pulak kita orang konvoi ramai2. Bukan apa, seronok kalau berkonvoi ni. Kan ?



Our rides :)


So hari Sabtu 15/9 tu kami pon bertolak la dari Keningau ni kira2 jam 9 pagi. Route kami ialah Keningau  > Tenom > Sindumin > Lawas(Sarawak) > Temburung (Brunei) > Limbang (Sarawak) > Bandar Seri Begawan (Brunei) > Miri . Ha tudia..nak kena keluar masuk Malaysia -Brunei baru la sampai ke Miri. Nak buat macam mana...dah peta Negara Brunei macam tu kan.....

So dalam pada nak sampai ke Miri tu memang nak kena lalu imigresen banyak kali lah.. 4 imigresen Brunei, 6 imigresen Malaysia. Kalau pegi ikut jalan udara tade la kena cop passport banyak2 kali. Kan ?


passport kena sedia sentiasa.



Beratur untuk cop passport.


Sepanjang perjalanan ke Miri ni kami ada la berhenti beberapa kali. Mula2 berhenti minum di Lawas, lepas tu berhenti makan tengahari , top up petrol dan juga tukar duit Brunei di Limbang. Kemudian berhenti solat di Bandar Seri Begawan. Masa ni nak pusing2 BSB pon dah tak berapa nak sempat sebab dah jam 6 petang. Kami tak makan di BSB pon...makan di Miri je...murah sikit, Hehehe.



berhenti makan di Limbang




 kena naik feri jugak tapi kejap je, tak sampai seminit rasanya, tambangnya RM8 utk sebuah kereta.








 Singgah Solat di Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Bandar Seri Begawan










We reached Miri kira2 jam 9 malam, pastu pusing2 lagi cari hotel...makan...masuk je bilik terus semua collapsed..terutama sekali the driver lah. Penat wooo drive lebih 12 jam.

The next morning kami pergi bersarapan di rumah Azah (adik kepada adik ipar saya) . Terima kasih Azah for the lovely meal. Lepas dah bersarapan Azah and Faisal bermurah hati untuk jadi tourist guide kami. Mula2 pegi kedai handcraft  cari souvenirs  lepas tu we went to E-mart untuk beli terubuk masin. E-mart ni macam pasar laa...tapi pasar nye bersih dan kemas gitu....lepas dah dapat terubuk masin baru la kami pegi makan tengahari pulak.



 Terubuk Masin is a must ! (walaupun bukan la makan sangat pon,hehehe)


Azah bawak kami makan di Restoran Muara untuk makan Nasi Lelapan. Haa..penah dengar ke Nasi Lelapan ? Saya pon tak pernah dengar , sampai Miri ni la baru first time dengar. Saya pilih Lelapan Keli....Encik suami pon amek tu jugak, Sophea amek Lelapan Ayam....

Bila nasi nya dah sampai ...apa yang boleh say katakan..Nasi Lelapan ni macam Nasi Lalap di Keningau ni.....cuma yang di Miri ni sayur2 and ulam2 nya lagi banyak. Sambal nya pon lain sikit, tapi SEDAP ! Kuah memang tak ada ..jadi kalau bagi mereka yang suka makan berkuah sikit boleh la mintak sup kosong ,free of charge ! Hehehe...

Dah kenyang semua kami pon pegi pulak ke kedai Kek Lapis Sarawak yang letak nye selang beberapa pintu je dari Restoran Muara tu iaitu Kedai Kek Siti Payung. ...dah kenyang makan nasik dapat pulak makan sampel2 kek lapis yang ada bermacam2 jenis tu. Bagus betul. Rasa nya kalau tak beli kek lapis pon tak apa dah pasal dah makan sampel2 banyak. Hahaha. Sabor jelah.

Then kami balik bilik hotel untuk solat plak....kejap je kat bilik pastu terus turun nak pegi Muzium Petroleum plak. Kata nya ada pameran Dinosour dan juga it's a must untuk pegi ke Grand Old Lady jika anda berada di Miri. Apa tu Grand Old Lady ? Owh...Grand Old Lady ni merupakan point or tempat di mana petroleum di jumpai dan di carigali buat pertama kali nya di Malaysia ! Dari situ la bermula nya industri petroleum di negara kita ni. Interesting kan ? Tapi di situla satu2 nya point carigali gas darat di Malaysia sebab sekarang ni semua petroleum di negara kita hanya di jumpai di dasar laut....tapi tak tahu la kalau2 di masa2 akan datang kita akan jumpa pulak gas kat daratan Malaysia  kan ?



Alih2 sampai sana Muzium di tutup ! Sampai ada budak sorang ni dah nangis tersedu2 sebab tak dapat masuk nak tengok dinosor. Alahaii....menurut pekerja muzium tu ada berlaku kebocoran ape ntah kat dalam bangunan muzium tu..so ada beberapa barang2 and props rosak....tu yang kena tutup tu. Alahai, ingatkan dinosor yg kat dalam pameran tu yang mengamuk sampai rosak barang2 semua. Hihihih...

So bergambar kat luar ajelah. Tapi kat depan pintu masuk tu ada la diaorang jual eraser bentuk dinosor, patung dinosor yang kecik2...jadik lah. Dapat tengok dinosor kecik2 pon jadi laaah...budak yang menangis tadi tu pon terus ok bila dapat beli patung dinosor yang bersaiz mini mini mini. Hehehe.

Malam nya lepas solat Isyak kami kuar pegi makan je. We were too tired to jalan2 lagi dah. Lagi pon esoknya dah nak bertolak balik KEningau dah....

Pagi2 kami dah check out, pegi sarapan roti canai...say good bye to our host...and terus bertolak balik . Tapi kami singgah Bandar Seri Begawan lagi ! Hehehe...tak puas hati kekdah nye sebab tak dapat beli souvenirs masa kami sampai mula2 tu. Hehehe. So bila dah jumpa kedai souvenirs kami pon memang terus shopping la mana yang patut. Alah..beli fridge magnet je pon saya. Itu la yang dok cari2 pon kalau pegi memana.  Lagi pon duit Brunei mahal skit dari duit Malaysia. ...asal nak beli je ..otometik dok convert to RM....pastu otometik rasa macam mahal. Hikhikhik. Macam mana la nak pegi europe nanti kan ?


Singgah di Jerudong Park, bergambar kat pagar je pon, hehehe.


Kami sampai rumah dekat2 kol 12 rasa nya. Lambat sikit sampai rumah sebab lama sangat menyinggah di BSB, hehehe. Semua pon kepenatan, Dah la esok nya semua skolah pagi. Nasib baik la tak ada yang terlajak esok nya, Hehehe.



Overall, trip kali ni memang best .Penat tu adat la kan ? Paling best part kena cop passport banyak2 kali, hehehee....

Comments

Pak Man said…
Okay lah tu........
dah cop passport tu, makna nya dah pergi luar negeri lah tu.
Unknown said…
assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak