Guru Gigit Murid ???





 KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik....


p/s : Berita ni di petik dan di copy dair Forum CARI.


Sesungguhnya saya berasa sungguh tak boleh nak diterima akal bila saya baca artikel kat atas ni . Seriously laaa...sungguh tak masuk akal ! Guru tu gigit murid sebab murid tu tokleh nak sebut perkataan "boys" dengan betul.

Saya dok imagine macam ni laa...suasana dalam kelas...pastu guru tu suruh budak tu sebut boys...and setelah beberapa kali sebut tapi budak tu masih tak dapat sebut dengan betul.....macamane budak tu sebut saya tokleh nak bayang la .....jadi cikgu ni dah geram ater dah ajor banyak2 kali masih jugak salah sebutan nya ...maka cikgu tu pon terus NGAP lengan budak tu. Haaa..gitu la situasi yang saya bayang laa...

Anda bayang macam mana ? Rasa2 macam logik tak ? Kalau macam cikgu tu cubit ke, lempang ke..ketuk ke...rasa macam logik gak di situ. Ish...macam cerita ni tak berapa lengkap laa...kan ? Ke anda semua rasa macam mana ? Cerita ni tak lengkap sebab di dengar dari satu pihak je. Iaitu pihak pelajar tu....patut nya wartawan siarkan berita ni depa pegi interview cikgu tu jugak. Takkan la ibubapa budak ni tak bagi tahu cikgu tu nama sapa...skolah mana kan ? Elok nya pegi la interview cikgu tu sekali...tanya la betul ke cikgu gigit budak ni...pastu kenapa cikgu gigit dia ..cikgu lapar ke ...alaah...soalan2 tu takkan la saya yang nak ajar kan...

Tapi kan...bila saya tengok2 gambar lengan budak tu betul2.....yer la....bak kata salah seorang ahli forum CARI kesan gigit tu lebih nampak macam kesan lovebite pon ada. Hahaha. Takde kesan gigi pon. Biasa kan kalau kena gigit ni kan ada kesan gigi.....betul tak ? Kadang2 anak2 kita gigit kita ke..gigit adik ke...mesti ada kesan gigi yang selari dengan bentuk dan susunan gigi penggigit tu kan ? Nampak macam kesan cubit pon ye jugak. Saya nak sangat dengar respon dari cikgu tu pulak. Kalau betul la dia memang gigit budak ni.....ish2..cikgu ni mesti tak berapa sihat neh...ada penyakit ni saya rasa. .....

Macam2 la sekarang ni kan ? Haish.

Comments

paNavia said…
Haah sekali tgk mcm lovebite pun ada..

kat sek bandar sri putra? aaaaaaa...
nasib baik anak tak sekolah lagi..
tapi mungkin jadi bakal cikgu budak2 ni nnt..
nonie said…
Ada baca kat metro, cikgu tu dah call minta maaf kat parents budak tu, kata tak sengaja... Cikgu lelaki plak tu... Terasa sesuatu di situ, adakah cikgu ni sebnarnya geram dgn lengan budak ini... Huhuhuh... Memangla sekarang ni macam2... Kepelikkan sungguh...

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!