Dugaan
Hari Selasa baru2 ni saya ke KK dengan incik suami, berdua jer.
Anak2 semua tinggal dengan Hugau. Pergi nak amek stok barang2 kek.
Masa on the way ke KK tu temperature kereta naik.
Punya la kami laki bini risau sampai nak bercerita2 dalam kereta pon macam tak terkeluar suara.
Mata ni asik dok perati je meter temperature tuh.
Aduhaiii....yer la nak wat cemaner...kereta pon dah berusia, macam ni lah.
Tapi tua2 kereta ni pon hari tu elok je bawak ke Sandakan.
Alhamdulillah, kami sampai juga ke KK. Terus la menuju ke kedai bakery supplier nih.
Namun dukacita di maklum kan bahawa banyak stok barang2 kek yang kritikal macam cream cheese, whipped cream habis stok. Maka kami beli ajela mana yang ada. Sedih tu sedih la jugak. Tapi nak buat macam mana kan .
Memandangkan banyak barang yang kami nak beli tak ada stok maka kami pon nak balik ajelah.
Lagi pon malam ni nak tengok citer First Wives Club. Hehehe.
Lepas dan solat kami pon bergerak la. Sepanjang perjalanan dari KK ke Papar tu temperature ok jer...normal. Lega la hati kami. Baru la ada mood nak bergurau senda. Laki den siap angkat kaki kiri dia lagi letak kat riba suh saya picit. Ish2.
Memandangkan perut saya pon dah berbunyi2 kami pon berenti la kejap kat gerai2 yang memang selalu jadi tempat persinggahan bas2 ekspres ke Keningau and Tenom. Beli jagong rebus. Sedap sungguh . Sedap punya pasal encik suami suh beli sebutir lagi untuk dia makan sambil bawa kereta pastu tapau 6 bijik utk anak2 dan juga untuk di beri kat Ugau jugak.
Dah sudah2 semua kami pon meneruskan perjalanan. Lepas ni perjalanan kami memang mendaki bukit ajelah. Nak buat macam mana...nak kena merentasi Banjaran Crocker kekdahnya.
Selow je keta kami daki bukit...keta auto nak wat cemaner...gitu ler. Sedap2 mendaki tengok2 temperature keta dah start naik. Aduhai....terus saya tak berani nak bercakap. Diam2 jer. Makin tinggi bukit kami panjat makin tinggi temperature.....sikit lagi2 nak merah.
Last2 incik suami kata kena bentikan kereta. Park kat tepi dulu bagi keta rest and temperature turun. So kami pon park la kat tepi. Bukit pon tak habis panjat lagi. In fact ada banyak lagi bukit yang nak kena daki sebenarnya. Ngam2 suami saya benti kan kereta pastu somi saya cakap .. " cube dengar tu .... " saya pon terus pasang telinga....dengar bunyi macam air menggelegak.
Pastu somi saya pon kuar dari kereta . Saya plak rasa macam nak dok dalam keta jer sebab kat luar tu dah gelap. Dah malam. Lampu jalan tader. Kiri kanan pon utan. Rumah orang memang tader lah. Sunyi jer.
Sekali............ KABOOOOOMMMM! Bunyi macam benda meletup diikuti dengan kuar asap dari bahagian enjin keta. Cik Abe saya cepat2 suh saya keluar dari kereta. Saya pon memang tanpa berlengah2 terus keluar. Risau plak kot2 keta kami tu terbakar. Lagipon kat tengah jalan petang tadi pon memang ada nampak satu bangkai kereta terbakar. Huhuhuh...and sekarang ni pon memang banyak dengar kes kereta tiba2 terbakar. Serius takut.
Berdebar toksah cerita lah. Bila asap nampak dah kurang somi saya pon pegi la bukak boot depan tu....sekali tengok haaa....cover atas radiator meletop, pecah ( sebenarnya hari tu lah baru saya kenal radiator tu macam mana ) .
Buntu jugak kami berdua. Dah la kat tengah2 jalan, atas bukit, jauh dari rumah orang, gelap glemak pulok tu! Korang tak takut ke ? Yang saya dok takut2 tu bukan nya takut hantu, but more to takut orang . yer la...manala tahu tiba2 kuar 2,3 orang dari semak2 kat kiri kanan jalan tu tangkap kami ke.....masa tu mula la terbayang macam mana arwah Sosilawati Lawiya tu kena tangkap ......sampai ke situ saya imagine. Ish. Pastu pulak mungkin jugak sebab panic +susah hati time tu lah jugak perut nak memulas...nak terkencing la. aduhaaii.....!
Last2 encik suami call kawan dia yang memang pomen keta. Alhamdulillah....dia ada radiator extra yang boleh ngam dengan keta kami nih. Dia kata dia nak datang untuk pasang. Lega kami dengar. So duduk la kami kat situ kat tepi jalan sambil menunggu incik Jack sampai.
Dalam pada dok menunggu tu kerap la jugak kenderaan dok lalu. Risau pulak kami kot2 orang pikir kami laki bini ni saje bikin "kereta rosak " . Yer la kan....manala tahu kan ? Tapi dalam banyak2 kenderaan yang lalu tader satu pon yang berenti tanya ke....berenti nak tolong ke...ape ker....kecuali satu kenderaan jer. Apek ni naik lori ngan bini dia kot berdua....depa berenti dekat kereta kami tanya kenapa....nak mintak tolong tarik kereta ke ape ke...kami kata tak per2..sebab kawan dah on the way...so Apek tu pon blah la...dalam hati saya kata....hmm...baik apek ni berenti jugak tanya kami.......sekali bila apek tu dah ke depan sikit baru saya perasan, rupanya dia bawak tow truck. Haish. Patutla dia berenti tanya.....tengah intai lubang2 rezeki....ahahaha.
Setelah sekian waktu menunggu akhirnya sampai juga doktor kereta -Incik Jack. Sampai2 jer terus dia wat keluar segala alat2 untuk pembedahan. Hahaha, pembedahan di Banjaran Crocker. Nak buat transplant radiator. Keh keh keh. Saya ni bukan reti apa2 pasal kereta so tengok ajelah. Tak pasti la berapa lama Dr Kereta Incik Jack ambil utk selesai buat pemindahan radiator tu tapi bila dah siap semua bertambah2 rasa lega. Syukur sangat2. Di saat2 macam2 ni, dalam kesusahan ada juga sahabat yang dapat tolong. Terima Kasih banyak kepada kawan incik suami, Incik Jack yang sanggup datang ke tempat kejadian semata nak tolong kami. Alhamdulillah.....hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau.
Lepas semua dah okay, kami pon menyambung balik perjalanan kami yang tergendala tadi. Alhamdulillah...kami akhirnya selamat sampai ke rumah.
Pengalaman dan dugaan sungguh buat kami.

Comments
cepat2 la pos itu Grand Livina. hehe.