Thoughts

Anak saya yang paling kecil ( setakat ini lah) dah pon masuk tadika. Cepat betul masa berlalu. Setakat ni dia enjoy pegi sekolah. Tak nangis pon kata nya. Untuk tahun ni anak2 dan suami semua sekolah pagi. Sophea dah masuk Tahun 5, Angah pulak tahun 4…Kak Chik and Nana pulak tadika 6 dan 5 tahun masing2 . Jadi sekarang ni pagi2 saya memang kalut gila. Nak kena sediakan sarapan..nak kena mandikan Nana and Kak Chik. Nana and Kak Chik pon terpaksa bangun pagi2 sama2 dengan Kakak and Angah and Ayah sebab nak pegi tadika seawall 6.30 pagi. Jadi lepas semua2 dah pegi sekolah kat rumah tinggal la saya sorang2.


Sunyi je rumah. Bila dah sunyi gitu mula la Mak rasa mengantuk. Ehehehe….sejak Nana dah besar sikit ni orang2 selalu la dok tanya saya bila saya nak tambah lagi. Tambah ? Tambah apa? Alaa…tambah anak. Hmm….saya senyum jer kalau orang tanya2 macam ni. Lagi2 kalau yang tanya saya tu baru ada anak 1 atau pon 2. Nak tergelak pon ada…yer lah…patut nya yang ada ada anak 1,2 orang ni la yang tambah dulu. Saya tak pa…anak saya dah 4 orang.


Ntah la…saya rasa saya selesa dengan keadaan sekarang ni. Umur anak2 saya rapat2, jadi sebelum ni memang saya sentiasa ada anak kecik. Tangan ni tak pernah kosong dari pegang baby. Ada anak kecik lagi2 yang umur nya rapat2 memang letih. Saya tak ada masa untuk diri sendiri. By the end of the day saya dah penat sangat. Asal baring je hilang….hehehe. Tambah2 anak2 saya semua nya menyusu badan sepenuh nya. Kalau kata nak wat aktiviti untuk diri sendiri memang jangan harap laa….in my dreams sajalah. Aktiviti semuanya kat rumah dengan anak2 and suami jer. Masa tu badan pon keciik jer. Takde la kembang setaman macam sekarang walaupon makan banyak.


So sejak Nana dah besar sikit dan boleh di tinggal2 baru lah saya boleh buat itu ini. Boleh pergi swimming kalau saya mahu, boleh main squash sama2 dengan anak2, boleh ambil lessen kereta ( haish) , boleh keluar berdua pergi dating2 dengan Incik Suami ( which was impossible for us to do this when our kids were small)..boleh berbasikal bedua ( dengan hubby la..) atau berenam (dengan kawan2 hubby) kiranya macam2 aktiviti lah yang boleh saya buat. Sama ada dengan anak2 atau pon dengan suami jer. Aktif lah kiranya. Tapi semakin aktif ni badan tak selim2 jugak.Haish.


Apa2 kalau adik2 yg kecik ni nak saya boleh suruh Kakak and Angah je yang buat, hihihi. Macam pakai remote. Bagi arahan dari jauh jer.

“ Kakak..buatkan milo kak chik..”

“Angah, bubuhkan nasik adik..”

“Kakak…ambikkan baju Nana”

“ Angah ..pakaikan baju Nana..”

“ Kakak, tolong angkat kain kat belakang rumah”

“ Kakak…tolong basuh baju (guna washing machine la..) “ …

Sophea pon dah pandai tanak nasi. Masak ikan singgang pon dah boleh. Masak Maggi toksah cakap la. Lepas ni saya nak ajar dia iron baju pulak. Kalau pass , saya baoleh suruh dia je take over kerja2 mengiron baju neh. Hahaha.


Orang kata…sunyi lah rumah kalau tader anak kecik. Yer.memang sunyi bila semua dah pergi sekolah. Tapi bila semua dah ada kat rumah…..macam pasar dah jadi nya. Riuh rendah. Kejap ketawa…kang nangis la pulak. Aduhaii….


Bagi saya ..berapa pon anak kita…2 atau 3 ….4 atau 5 ….9 atau 10 orang ..( kalau sorang tu sikit sangat, kesian pulak kat anak) sampai masa nya anak2 tetap akan meninggalkan kita. Mereka semua akan membesar, sambung belajar….berkerja, berkahwin…dan kembali la kita berdua je dengan suami. Macam waktu baru2 kawin dulu. Sama ada kita suka atau tidak itulah hakikat yang kita kena terima dan kita kenala bersedia.

Haish. Terasa diri ni macam dah tua la pulak.

Comments

WaN dAn Ti said…
wah..
k.zana t pun rasa nak tambah lagi baby....rindu bau baby
huhuhuh :))
DD said…
apa benda ni nak bagi org susah hati ni.
tie: tie meme keno tamboh lagi...baru soghe jah,

Dalin : ni lah hakikat .

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik