My Loved Ones Were Here.

Owh...lama tak update blog. Nak kata sibuk tak la sibuk sangat,biasa2 jer.

Cuma Minggu lepas Ma and Abah saya datang jadi memang tak dan nak online sangat.

Ma dan Abah datang seminggu je. Kejap je rasa. Tapi memandang kan Ma and Abah datang ni pon masa bukan cuti sekolah jadi tak dapat la nak bawak berjalan2 sangat. Ye la..nak wat cemaner, Sabah ni tempat2 menarik banyak ..cuma semua jauh2. Plus, kereta pon tader.

My parents datang ni bukan sebab lepas dengar kami eksiden , tapi memang dah plan awal2 lagi dah. Siti Aisyah dah beli tiket awal2 lagi dah. The last time Ma and Abah came here was in 2009, masa datang ramai2 kenduri Wanee di KK. Charter satu bas nak datang keningau...hehehe....rasa nya dekat 30 orang family members semuanya. Jadi bila dah confirm tiket semua saya pon berangan2 la nak bawak ma n abah pegi situ...pegi sini.....tapi apa boleh buat, kita hanya merancang Allah yang menentukan..nak jadi cerita kami eksiden pulak.....maka rosak la semua plan, tak apa lah. Allah knows best.

Yang best nya kalau Ma datang ni ..saya tak payah masak. Hihihihi. Hari2 Ma yang masak. Jie kata Ma ni macam Chef Wan , pegi la mana2 pon mesti masak.

Ayang tinggal kan kereta wira tu kot2 Abah nak drive pegi pasar ke ...mana2 ker. Sempat la pegi pasar sekali.....pegi tamu cari ayam kampung sekali.....Atuk pon sempat pegi hantar Angah skolah dua kali......hehehe. Itu la aktiviti atuk and nenek kat keningau ni.

Hari Jumaat malam kami buat kenduri kesyukuran. Boleh kata semua kenalan di Keningau ni kami jemput. Alhamdulillah...ramai yang datang. Cuma saya terkilan sikit sebab ada Linkbeberapa tetamu yang tak dapat makan sebab lauk habis....huhuhuh.....sangat sedih. Minta maaf la banyak2 yer...tak sangka tak cukup pulak lauk tu.

Hari Sabtu kami bertolak ke KK. Alhamdulillah....kawan Ayang - Fairuz, bagi pinjam Exora dia. Jadi dapat la kami semua ke KK hantar nenek and atuk. Kami menginap satu malam di Yaho Hotel. Sempat la merasa pengalaman terperangkap dalam lif .Hahaha...sabor jelah.

Malam nya kami pergi makan2 di Gayang. Owh...tercapai jugak hasrat saya nak belanja ma abah makan di sana. Esok nya pegi pasar Filipina kejap. Ma kata tader apa sangat dah nak beli nya...ada la Ma beli tikar pandan sebidang. Itu je. Lupa nak kirim kan Ma roti canai segera. Cuma sempat beli kan kopi Tenom je untuk Ma buat balik sebagai ole2.

Anak2 memang enjoy ada atuk nenek kat rumah. Atuk and nenek pon ikut tengok citer Korea.Hahaha....sabor jelah.

Untuk Ma and Abah...insyaAllah kalau ada umur panjang, kalau ada rezeki jemput la datang lagi ke Keningau ya! Janna and Mokhsin minta maaf andai ada terkurang di mana2 dan juga sebab tak dapat nak bawak ma and abah2 jalan2 ...tengok lembu...tengok ikan......Tunggu kami balik pulak yer !

Comments

Adrina Adi said…
gambar, nak gambar!!!!


hehe.
FA said…
huhu.Ma tgk new gisaeng jgop tuu!!
FA said…
huhu.Ma tgk new gisaeng jgop tuu!!
Adrina Adi said…
sepatutnya Che Nah tengok citer jepung, bukan citer korea.

hehe.

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik