Thank You Allah





Ok lah. mari la kita cerita benda yang berlaku Rabu lepas. Entry ni mungkin panjang sikit la yer.

Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya tapi masuk hari ni...hari Rabu juga...sudah seminggu ia berlalu. Kejap je . Tengokkan gambar dalam entry yang sebelum ni so dapat la anda meneka bahawa kami eksiden. Ya. Hari Rabu lepas.

Hari tu kami tak plan pon nak pegi KK. Last minit punya plan. Dalam pukul 10 pagi baru la saya SMS incik suami tanya dia kot2 la boleh ke KK hari tu sebab dah banyak barang2 kek yang habis. Mula2 incik suami kata pegi esok sajalah (Khamis) tapi saya kata hari Khamis saya ada driving class yang saya tak sanggup nak ponteng , so saya kata kita pegi hari Jumaat ajelah.....dah Jumaat suami pulak ada hal...maka nak jadi cerita kami bertolak juga ke KK hari Rabu tu. Anak2 pula yang besar2 memang nak tinggal ...yang kecik dua orang ni jela..... Saya pon cuba tanya Ita - my weekly cleaner , dia keje kat lorong belakang rumah saya ni jugak. Alhamdulillah Ita was available so tak perlu la saya bawa semua anak2. Lagi pon nak ke KK ni memang semata2 nak beli barang2 kek. Tade dah nak melencong ke lain.

Jam 1.30 lebih kurang la kami pon bertolak ke KK. Sampai di Putatan terus cari barang2 kek...ada la dalam 2 jam gak kat situ...dah tu pergi pulak ke Karamunsing , incik suami nak cari barang sikit lagi pon saya pon dah kebuluran sebab belom makan tengahari. Sudah makan saya macam biasa mesti tapau jugak untuk anak2. Beli la burger McDonald's sorang satu...untuk Ita pon ada.......bubur ayam McD pon tidak di lupa....ehehehe. Dah tu terus pergi Petronas untuk solat asar. Saya memang suka solat di surau Petronas je sebab senang..tak payah nak naik2 tangga...tempat wudhu' dekat....senang. Alang2 tengok jam pon dah pukul 6 petang kami pon decided to wait for Maghrib. Tinggal berapa minit aje lagi kan. Terus la solat jamak dan qasar. Senang. Nanti balik rumah boleh terus baring2 depan tv tengok cerita New Gisaeng Story. Hehehe...

Jalan agak sesak dengan kenderaan tambahan pula hujan agak lebat. Maka it took us a quite some time jugak untuk sampai ke Lok Kawi. Sampai sana suami ikut jalan Papar lama...tak kisah lah. Saya sepanjang perjalanan tu agak mengantuk juga tapi bila suami memandu malam2 saya tak tergamak nak tido...risau kalau suami pon mengantuk. Paling tidak saya boleh tolong tampar2 muka dia kalau dia mengantuk. Ahahaha....

Belum pon lepas Papar suami berhenti pulak nak beli durian. Walaupon mahal nyer tuhan saja yang tahu tapi beli jugak sebab nak makan punya pasal....lagi2 teringat kan Nana, mesti dia suka banget bila tengok Ayah dia beli durian. Rasa nya dalam 5 bijik jugak Ayang beli ...pastu di letaknye durian tu di belakang seat pemandu. Perjalanan di teruskan.

Sepanjang perjalanan tu hujan On Off.Sekejep lebat...sekejap renyai2....kadang2 berenti. Gitu lah. Everything went smoothly. Kereta pon tak banyak. Biasa la Jalan Kimanis ni kalau malam2 kereta tak banyak sangat. Sampai puncak jalan berkabus. Macam biasalah. Masa tu memang mata saya pon cerah je. Co-pilot la konon....tolong2 tengokkan jalan. Elok je turun dari puncak kabus pon dah tader jalan pon clear.

Masa sampai di bahagian bukit yang tinggiiiiiiiii tu saya masih ingat di radio lagu Pokok (Meet uncle Hussain) ke udara...saya pon ikut2 la menyanyi. Tapi tiap kali suami drive dekat selekoh mulut ni tak putus sebut Bismillah...Bismillah....dah jadi tabiat dah. Ater jalan sini memang agak scary. Banyak selekoh , berbukit bukau dan berkabus di tempat2 tentu.

Lepas je Taman Banjaran Crocker tu saya tanya suami " Babe, kat mana tempat yang tanah runtuh tu ? " Suami kata " depan lagi.......lepas selekoh yang kedua" .....
Bukan apa masa on the way ke KK tadi ada lori and tractor dok wat kerja dekat tempat yang selalu berlaku tanah runtuh. Jadi jalan kat situ agak berbatu2 lah....jadi kena la berhati. Sampai je situ suami slow jelah. Lepas selekoh yang kedua...( kan saya kata jalan ni banyak selekoh...hehehe) sampai la pula dekat jalan yang selalu ada air mengalir melintasi jalan. Saya pon tak tahu macam mana jalan kat situ sentiasa basah, tak kira waktu hujan atau pon panas ..basah sentiasa. Mungkin ada paip bocor atau pon mungkin juga kat situ ada punca mata air.....

Tapi memandangkan keadaan malam tu yang baru je lepas hujan maka air di jalan tu agak banyak. Sampai saya nampak seolah2 macam airnya mencurah2 mengalir di jalan. Dalam hati saya berdetik " Ehh...air.....licin tu..."

Sebaik je saya berfikir macam tu dan sebaik sahaja kereta lalu di bahagian air tu terus kereta kami meluncur dan terbabas ke kanan dan memasuki jalan sebelah. "Ya Allah! Ayaaaaaaangggg...! " saya dengar suami menjerit memanggil saya, saya pon menjerit memanggil dia jugak...terus saya nampak di hadapan saya ada bukit dan lalang2 hijau... "Oohh.....eksiden doh ni...." fikir saya, kira macam berserah jelah masa tu sebab kereta pon memang dah tak boleh dikawal lagi dah. Terus kereta bergolek2 ( ke berguling2) , terdengar bunyi berdentum2 dan kaca pecah. Serius betul2 macam yang kita tengok kat dalam tv tu. Mujur lah juga menjadi tabiat saya memakai tali pinggang keledar jadi masa kereta tengah berpusing2 bergolek2 tu saya tetap di tempat duduk, malah masa tu saya yakin saya akan selamat dalam hati cuma dok fikir bila la kereta ni nak berhenti bergolek sambil mulut ni terkumat kamit beristighfar. Itu sajalah yang mampu saya buat.

Sebaik sahaja kereta berhenti tergolek saya berasa sedikit pelik. Owh...rupanya2 kami dalam keadaan terbalik. Tayar 4, 4 kat atas. Saya panggil suami saya dan tanya dia ok ke tak. Alhamdulillah dia ok. Dan syukur juga walaupon dalam keadaan begitu saya masih mampu bertenang dan tidak panik. Saya tanya ayang apa yang perlu di buat. Suami kata tentulah kami perlu keluar dari kereta ni dulu. Saya pon buka la tali pinggang keledar yang masih tetap melekat. Gedebuk terus saya jatuh ke lantai.Ehh...ke bumbung la kan sebab kereta dah terbalik...ehehe. Kemudian baru la saya boleh nampak dengan jelas arah mana nak keluar. Mujur juga lampu depan kereta tu tak pecah atau terpadam, kalau tak harus la gelap gelita jadi nya. Tingkap bahagian saya dah retak seribu namun saya tak cukup kuat untuk memecahkan nya. Tingkap sebelah suami pon dah retak dan boleh di kopak maka kami pon keluar la ikut situ. Sebelum keluar saya sempat mengambil beg tangan saya....ehehe..siap cek sama ada purse saya masih di situ. Bukan apa...IC .....penting tu. Merangkak la kami berdua keluar ...ngam2 tepi parit.


Masa dalam proses nak keluar tu saya terdengar suara orang menjerit dan bertanya dari luar, "Are you okay? Are you okay ? ". Terus cepat2 saya jawab "We're okay! We're okay! " sambil merangkak keluar.

Saya nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan and the guy had this unbelievably look on his face ......not that I could see his face but I could imagine it when he said this to us ..... "Waaaaaaahhh...! You are very lucky ! You are very lucky! " full with excitement and amazement whom later I found out that the guy is a Japanese man with his Sabahan wife Lilia. They were on their way to KK.

Elok je kami dah selamat keluar dari kereta kami rasa lega sangat. We took a real look at our wrecked car...turtle up side down. Broken glasses was everywhere . It was horrible. Kereta pon dah tak nampak rupa. Memang kami sendiri pon tak percaya yang kami berdua selamat jika menengokkan keadaan kereta tu la. Selamat dah satu hal...sihat walafiat pulak tu....not even a scratch walaupon cermin tingkap banyak yang pecah berderai. Balik2 saya dok belek lengan, kaki muka....sungguh tade kesan calar langsung. Subhanallah....maha suci Allah. Tudung saya pon elok je terletak tader kata senget2 ke....malah spek saya dan suami pon tak tercabut. Elok je melekat di muka. Cuma masa keluar tu saya malas nak cari sandal saya jadi saya keluar berkaki ayam. Terus En.Mito tu bagi saya pinjam selipar dia. Ahahaha...arigato Mito San....

Both me and husband were in shocked. Kami sendiri pon macam tak percaya yang kami baru je terlibat dalam kemalangan. Tapi dalam terkejut2 tu saya sempat lagi cakap kat encik suami ... "Babe...kamera you...." ehehehe....terus cik abang pon pergi jenguk dalam kereta, capai kamera dia. Di belek2...alhamdulillah...kamera pon ok.





Lepas dah puas menengok kereta baru la kami keluarkan barang2 dalam kereta. En. Mito bermurah hati menawarkan diri untuk menghantar kami balik ke rumah. Dia pon terus mengangkat barang2 kami yang masih elok ke dalam truck dia. Alhamdulillah....banyak barang2 kami yang selamat dan masih okay. Burger2 McDonalds yang saya tapau pon masih elok berbungkus cuma penyek2 jelah......owh..tapi bubur ayam Mc.D je la tak dapat di selamat kan. Habis bertabur kena beg telekung sembahyang saya.

Dalam pada dok pilih2 barang...dan isi barang dalam truck En.Mito baru la saya perasan durian dalam kereta. Oh..ye kan....kami ada beli durian tadik. Nasib baik la pulak durian tu tak hempap kepala kami masa kereta tengah bergolek2 tadi. Kalau tak bikin malu je....yer la..cedera bukan sebab eksiden, tp sebab dihempap durian.

Selesai loading barang Ayang kata biarlah saya balik dulu dengan En.Mito while he will remain at the scene to wait for his friends. Lagipon banyak benda lagi nak di urus tu...nak tepon police nak panggil tow truck.

Begitula cerita nya. Kereta kami tu macam dah tak boleh repair dah...most probably kira total lost je. Hmm...apa boleh buat...jodoh kami dengan SAA9200T ni setakat hari itu sahaja. Masa malam kejadian tu tader la terasa sangat bila tengok kereta dah remuk sana sini....tapi sekarang bila tengok balik baru la rasa sedih........siyes sedih.....walau pon it was our second car tapi it was still our car. Harus la kita sayang kan ?




(masa ni skirt blom pasang, spoiler pon blom ada )


Bye Bye SAA9200T
29 March 2008 - 21 September 2011


p/s : We would like to express our appreciation and gratitude to Mr.Mito and his wife Lilia, to all our friends and family who came to the scene and helped us, visited us at our house, SMSed, called us. Thanks a million.

Comments

Adrina Adi said…
alhamdulillah semua selamat. termasuk lah durian. hehe.
AziniMZ said…
Alhamdulillah semua selamat.. syukur jgk ank2 kak janna tk ikut..
nonie said…
fuh dasat kejadian itu kak janna... ada bagi sket tak durian tu kat sapa En. Mito? huhuhu tapi alhamdulillah selamat, pasni dapat kete baru la ek...
ramizah said…
Ya Allah..kisah benar rupanya.. ingat gmbr amik kat mana2, masa tgk FB..huhu...sorry

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik