Kalau dah namanya Mak....

Hari tu saya telah membaca entry di blog Hannah Johary pasal melepaskan anak bongsu pergi...owh ...hari ni turn saya pulak kena lepaskan anak saya pergi. Anak perempuan pulak tu. Ish2. Alaa...over la saya ni kan ? Anak pegi camping pon nak kecoh. Bukan jauh pon , di Keningau ni jugak.

Sophea yang pergi camping. Ntah camping apa pon saya tak pasti. Masa sain surat kebenaran ibu bapa hari tu pon tak baca betul2. Sophea pulak bila ayah ia dah sain bagi izin pegi apa lagi, dan2 tu jugak packing baju.Amboi2....suka betul nampak nya yer ? Punya la suka dan excited semua dia buat sendiri. Siap basuh baju busuk awal2...takut nanti tak de baju bersih nak bawak pegi camping.

Pastu mintak dengan mak suh belikan sabun mandi ketul nak bawak pegi camping la nih. Mak kata ...tu dah ada dah sabun kat atas kabinet kat dapor yang ayah beli bila ntah Waahh...tak sempat mak amik kan...dia dah amek siap2 dah. Cepat dan pantas betul. Jauh berbeza dengan Angah.

Ubat gigi pon gitu jugak, tak dan orang lain gosok gigi dia dah amek letak kat dalam bag. Mentang2 dia yang mandi paling awal.

Saya memang tak tolong dia packing langsung. Semua dia buat sendiri. Cuma masa dia nak pegi tu saya tanya la balik kot2 ada barang tertinggal ker. Towel dah bawak ? Dah. Panties dah bawak jugak ? Dah mak...ubat gigi berus gigi sabun ? Semua dah. Ish2...cepat pulak budak ni besar. Dah pandai buat semua dah ni.

So sekarang ni anak sulung saya bermalam di dalam khemah la. Harap2 tak hujan la malam ni.

Kami ni pulak tadi ada kenduri . Rasa pelik pulak bila Sophea tak ada. Angah terpaksa take over jadi big sister. Kena ambilkan tuala Nana and Kak Chik, kena bukakkan lampu bilik air untuk Nana and Kak Chik, kena pijak kaki ayah....

Balik kenduri kami pegi cari barang....masa nak balik rumah tu saya cakap kat somi saya... "Yang...kita balik ikut SK Kampung Keningau la...boleh ?" . Ngeh3. Simptom typical Mak2 dah mula muncul pada diri saya. Somi saya ketawa ... " Ape la mak ni...anak nak pegi camping pon tak senang...nak stalk2" ....orang bukan nak stalk laa..nak tengok je...tengok jerr....lalu jer...

Somi saya yang baik hati ni pon ikut je ....yeay! Bila sampai depan SK Kampung Keningau dah nampak la khemah2 dok bersusun siap terpasang kat atas padang. Ramai budak2 ada kat situ.

Ada aktiviti lagi rupanya...somi saya benti kat depan pintu pagar utama . Macam nak masuk dalam kawasan skolah tu pon ada. Lor....tak payah la masuk ..kang malu Sophea pulak pasal Mak Ayah datang jenguk. Kami tak masuk pon ...kami lalu jer...biar la anak saya nak bercamping dengan aman..tanpa campur tangan ibu bapa .Kan ? Hari Isnin nanti baru Sophea balik.

Mak2 ...kalau dah Mak tu..tetap Mak.

Comments

sue wnr said…
hehehehe..tu la naluri seorg ibu..
mrs. nazri said…
janna,

itu perkara normal seorang ibu...

saya dulu camping kat templer pon kene stalk ngan my mother. sampai cikgu pun perasan yang saya kene stalk dan tanya kat saya, u kenal ke org tu?
iena hamdi said…
HEHEHEHEHHEHEHE

mujur farid tak mo masuk pengakap.. atau apa2 khemah ni dia tak mo gi..

silap2 mama dia yg menangis.. hehhe
jadi farid masuk unit apa ? to me biar la dia pegi camping2 ni..belajar jati diri ,belajar berdikari...belajar keyakinan diri...akak plak jenis tak suka sgt anak2 dok terperap kat umah...kids should be physically active. kan ?

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!