SAGA V dah habis, lauk basah pon dah habis...

Memandangkan lauk basah macam ikan ayam semua dah habis maka hari ni kita masak gulai lemak telur dengan ikan kerisi goreng yang tinggal dua ekor je lagi tu. Tak sempat kekdah nye nak pegi pasar. 2 minggu cuti sekolah ni suami saya sibuk sebab terlibat dengan Sukan Sabah (SAGA) kali ke-V. Keningau jadi tuan rumah . Jangan kata nak pegi pasar jumpa saya dan anak2 sehari2 pon sekejap2 jer. Keluar pagi2...balik dah tengah malam. Kalau venue untuk acara silat ni di buat dekat area2 pekan ni ok la jugak...padan la jugak nak balik makan tengah hari kat umah. Ini tak....venue untuk Pencak Silat nuuuuuuuuuuuuuun jauh di Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK). Jauuuuuuuuuh ke dalam.

Mujur la jugak anak2 pon tader la bising2 sangat nak jalan2 ke apa sebab mereka pon faham ayah diaorang terpaksa bertugas. Lagi pon Encik Suami memang boleh kata tiap2 kali SAGA dia terlibat. SAGA yang lepas di Sandakan lagi la lama kami kena tinggal....2 minggu solid cuti skolah kena tinggal. Ada la sekali Ayang bawak kami semua pegi tengok acara silat di sana(PLDK). Itu pon malam. Alaa...hari yang saya jatuh tergolek dari beskal tu......







Hari terakhir SAGA (Sabtu, 11/6) Ayang bawak saya ,Nana and Anin je ke sana. Nak tengok silat punya pasal. Tu pon tinggal dua game final je lagi. Itu pon game final silat olahraga puteri tak On pon sebab pesilat dari Tawau tu tarik diri. Macam2 lah.

Bila SAGA dah habis ni saya pon rasa sedih jugak w/p saya tak terlibat pon...tapi memang dapat rasakan yang mereka semua ni pasti akan rindukan suasana sepanjang SAGA berlangsung. Ye lah...10 hari berkampung di Keningau...sampai yang tak kenal pon boleh mesra mesti lah akan terbit rasa rindu kan ?

Suasana meriah di Keningau pon kembali seperti sediakala bila ramai kontinjen2 dari seluruh daerah di Sabah mula beransur2 pulang ke tempat masing2. Kebanyakan tu hari Sabtu tu lagi dah mula balik tapi ada juga yang balik hari Ahad. Ayang pulak since dia terlibat dengan SAGA ni memang dia dapat satu bilik hotel di Queen Hotel ( penginapan wasit2 silat) tapi dia tak tido sana pon. Jadi memandangkan hari last tu ramai jugak yang dah balik maka banyak la bilik kosong.....Ayang pon ajak saya berhanimun di sana satu malam. Sementara masih ada bilik free untuk satu malam ni kan. Hahaha.... tu pon malam baru saya pegi sana. Anak2 tak ikut. Saya mintak Hugau temankan anak2 dan tido kat rumah. Muehehehe...mak ayah nak berhanimun di Pekan Keningau. Hahahaha...klakar plak. Alah...bukan selalu....in fact ni la pertama kali selama2 kami kawin ni pergi tido hotel berdua je tanpa anak2.

Esok pagi2 nya kol 9.30 dah keluar balik rumah. Tu pon tak sempat nak sarapan sesama. Ayang pon ada hal lagi nak urus...pastu ada lagi geng2 wasit dia yang baru nak balik. Jadik la....yang penting kita happy !






Selamat Tinggal SAGA V...kita jumpa lagi lain di SAGA VI, insyaAllah ! (tapi saya nak jumpe mereka yang tak sombong2 jer...yang sombong takmo jumpe....hihihih)

Comments

Adrina Adi said…
adakah Encik Mokhsin anda memakai contact lens kaler kelabu? ker mata i yg spero ni..

rasa mcm betui dah. ehehe.. kelas gitu.
yer,mata anda tidak kero, dia memang memakai contact lense berwarna kelabu yg ai pilih,kaler biru penah gak cuba,tp cam over plak biru...kelabu nampak lebih sesuwai...

nak bertugas sebagai wasit, tidak di galakkan memakai cermin mata jadi kena la pakai contact lense...ai ada gak bagi cadangan kat dia suh pakai contact lense warna2 yg kasi besar bijik mata....dia kata...." buang tebiat? " hahahahaha......!

sekian,wassalam.
Adrina Adi said…
try kaler merah, ala ala Edward Cullen. hihi..
owh ...dia tak mo jadik Edward Cullen..dia nak jadik Bill Compton...
Unknown said…
Assalamualaikum, saye salah seorang pesilat ingin bertanya pendapat anda tentang pemakaian stokin di dalam gelanggang ketika perlawanan? Setakat pengalaman cik ada tak org yg pernah pakai stokin time olahraga?
terima kasih.
W'salam Faizah, saya tak pasti pula tentang pemakaian stoking di dalam gelanggang semasa perlawanan silat olahraga, tapi kalu di gelanggang ketika latihan tu memang ada juga yang pakai, kena tanya suami saya la macam mana... :)

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak