Aktiviti Di Musim Cuti Sekolah

Pada musim cuti sekolah ini kami sekeluarga tidak ke mana. Mak sibuk dengan tempahan kek kawin, ayah pula sibuk dengan Sukan Sabah (SAGA) jadi tidak dapat la kami hendak ke mana2. Oleh2 yang demikian Mak telah merancang satu program untuk anak2 sepanjang musim cuti ini. Program itu boleh la Mak nama kan sebagai Program Kemahiran Hidup.

Program ini bertujuan untuk melatih anak2 dalam memahirkan diri dengan kemahiran yang perlu di mahirkan oleh setiap orang, tak kira lelaki atau pon perempuan. Ini adalah kerana..Mak berpendapat jika kemahiran asas begini tidak di ajar, tidak di dedahkan..tidak di latih anak2 tidak akan pandai mengurus diri mereka sendiri pada masa akan datang .

Aktiviti pertama ialah aktiviti membasuh pinggan . Anak2 di mestikan untuk mencuci pinggan nasi mereka sendiri. Sebenarnya ia tidak terhad kepada pinggan nasi sahaja malah turut melibatkan makanan2 lain serta cawan dan gelas2 minuman. Memandangkan Mak menggunakan pinggan Corelle (motif? hahahaha) maka Mak tidak perlu risau kan kejadian pinggan mangkuk pecah. Dan untuk memantapkan lagi serta memastikan program ini berjaya Mak juga telah meng'oder' 2 set Corelle lagi (yang baru mak bayar RM100, ada lagi balance RM260, betul dok Ahlami Wan Muhammad- dealer Correlle (B) tanpa lesen ? ).

Aktiviti yang kedua ialah aktiviti membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Setakat ini hanya Sophea Munira yang berjaya memahirkan diri dengan aktiviti ini. Malah dia jugak tanpa di suruh2 akan memasukkan baju2 busuk ke dalam mesin basuh untuk di basuh. Mujurlah mesin di rumah Mak ni mesin basuh otomatik sepenuh nya maka ini semakin memudahkan proses membasuh pakaian. Dengan hanya mengikuti satu sesi pengajaran sahaja Sophea sudah dapat menguasai kesemua silibus dengan baik iaitu Silibus 1 :pakaian berwarna, Silibus 2 : Pakaian Putih dan Silibus 3 : Jeans, tuala mandi , sarung bantal dan cadar. Sebenarnya ada satu lagi Silibus iaitu Silibus 4 : comforter , narita, carpet dan toto. Silibus ni belom di ajar sebab yang ni Mak pon hantar dobi je.

Jika ada aktiviti membasuh pakaian maka kena la juga ada aktiviti menyidai pakaian. Aktiviti ini boleh di lakukan secara berkumpulan. Cuma setiap kumpulan terhad kepada 2 orang sahaja kerana ruang menyidai yang terhad serta boleh menimbulkan kekecohan pula nanti.

Setakat ini ..ini sahaja lah aktiviti yang Mak rangka untuk sepanjang cuti sekolah ini. Harapan Mak agar sebaik sahaja tamat cuti sekolah ini anak sudah berjaya memahirkan diri dengan aktiviti2 ini dan seterusnya boleh la mengambila alih tugas Mak di rumah.

Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak2 mengikuti program ini anda boleh berbuat demikian dengan membeli modul program dengan saya -(pengasas program). Modul program ini anda boleh dapat kan dari saya dan applykan sendiri di rumah anda. Mudah kan ? Harga modul ini juga amatlah berpatutan hanya RM999 sahaja! Setiap keluarga hanya perlu beli sekali dan boleh di applykan untuk berapa banyak anak sekali pon. Jimat kan ? Hubungi saya segera !


* ini bukan perniagaan MLM, anda tidak perlu mencari downline dan tidak ada kena mengena dengan AC Konsortium







Comments

Effa Sahat said…
hahahhaha....
ahkak! biar betul....
part melatih anak2 wat keje umah tu betul,part yang jual modul dengan harga RM999 tu tak betul...sebenarnye cuma RM699...ahahaahah..tader la,tu pon tak betul.....hahaha.
fatienwm said…
hahah rm999!mahal kaklohs..lawoks sokmo mak dio nih...
Adrina Adi said…
hahaha.. ngong kak ja :P

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!