Wes2


Kadang2 rasa macam malas dah nak buat baik dengan orang. Bukan apa, hari ni dia cakap elok2 dengan kita. Boleh cerita macam2, mesralah yang amat. Siap mengadu2 masalah dia . Alih2 esok...tader angin, tader ribut, tader taufan lalu depan kita pon tak pandang. Masam. Diam tak cakap sepatah pon. Mana ntah perangai peramah yang semalam tu pergi pon tak tahu. Semalam dia mengadu pasal orang dengan kita...hari ni dia pegi mengadu kat orang tu..pasal kita pulak. Sampai saya pon konfius. Yang mana satu kah sifat dia yang sebenar? Yang peramah itu kah, atau yang masam2 tu ? Saya kata saya serik. Tapi tiap2 tahun macam tu lah. Last2 hati saya jugak yang sakit. Saya dah cakap, kita jangan harap kan pertolongan orang, selagi kita boleh buat sendiri, kita buat je sendiri. Kita susah tak apa, jangan susah kan orang. Cukup la kita tengok muka orang yang menolong tu masam mencuka sebab terpaksa tolong kita. Sedih kan ? Lagi satu.....jangan la pinjam barang orang. Orang tak suka . Itu peringatan untuk saya. Macam ni lah kalau kita bukan orang berduit....bagai melukut di tepi gantang. Tapi, kalau poket kita tebal dan duit pon lebat....wah, macam magnet kawan2 datang melekat.



p.s : bila la nak kaya macam Ana Suzana tu, baru la org berderet nak berkawan ngan kita. baru lah ramai orang akan tolong kita dengan wajah yang manis, kan Mekna ?Mekna, bila awak dah layak pergi all expenses sponsored holiday nanti...jangan la awak lupa kan saya yer ? peace.

Comments

Ainazli said…
betol tu kak, kalu duit tak berkepok, org pandang pun sebelah mata jer..tp takpelah janji kita tak kacau org!!
kak janna toksah kawan dgn talam dua muka..buat berdosa kita je. mmg dalam dunia ni byk cik talam nih..memang menyampoh! lebih2 lagi kalu cik talam tu jiran kita..aduuu..rimas..rasa nak pindah aje!
tomysoul said…
aya pun pernah kena mcm tu, ms dia sedih, mcm2 ckp. as a human, kdg2 kita pun tumpang sekaki, bila dia dah gumbira, dia mereport plak yg dok sama2 mengata tu tp nama kita jer. arghhhhhhhh..... tension tahap gaban org mcm ni. sekarang mmg lantak ko la!
Adrina Adi said…
hehehe.. sabor jer la Kak Ja aku ni.

i dah pernah rasa susah. rasanya ada hikmah semua tu. bila Allah dah beri kita rezeki melimpah ruah nanti (insyAllah) kita masih berpijak dibumi yg nyata.

tapi i takut jugak. Dr Fatma Al Zahra kata, ada hadis mengatakan orang kaya la paling akhir masuk syurga. sebab lagi banyak harta, lagi banyak Allah akan tanya.

takutnya..
ain : tu la deh .

Farah : masalahnye farah, kalau diberi pilihan ai pon takmo berkawan dgn org2 mcm tu, tp kalau kita dah masuk dalam kuarga dia,nak tak nak ,kita kena terima lah.

Aya : (ler,mana link blog aya ?)ehehe...biarkan dia dgn labu2 nya.

Kakak : ooo..gitu ke kakak ? tu la kan? lg byk harta lgi byk kita spend, mungkin utk benda2 ygtak berfaedah, kan ? susah jugak kan ?
Halen said…
sabar je la yer.. manusia ni mmg susah nk ramal kekadang ok perangai kekadang menyampah jgk. klu agak2 x suka bo layan je yg penting kita tak kacau org. nk gado ke nk sakit ati cukup la dgn anak2 dan suami sbb nnt2 ble minta maaf haha
tu la..ingat nak wat biasa2 je,alin.

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!