Hari yang sibuk

hari ni sangat la penat. tak cukup rehat, tak cukup tido, tak cukup makan, tak cukup masa, semua la tak cukup rasanya.

Tapi syukur Alhamdulillah....rezeki....adatlah, nak rezeki lebih, kerja pon kena la lebih. Hari ni siap kan kek kawin 5 tingkat. Orang nak amek petang .Pastu plak nak kena buat krim puff 150bijik, ada lagi kek kawin 3 tingkat untuk esok. Tiba2 pulak ada lagi orang last minute order kek untuk hantaran kawin 2 bijik....aiseh....terima la jugak . Lagi ada kek Barbie Doll sekor...ehhh, ke sorang ? Belasah lah. Belum kira order2 yang last minit. Hari ni oder...hari ni jugak nak. Yang senang2 kita terima lah. Mana yang nak pelik....pulas2 ayam bak kata Ustaz Fuad (jangan tanya siapa Ustaz Fuad tu ) kita cakap mintak maaf lah. Gitu jelah.

Macam ni lah cuti sekolah saya. Di mulakan dengan hari yang sibuk. Ada juga antara kawan2 yang balik kampung. Kami semua tak ke mana2. Cuma esok ada penghantaran kek ke Tambunan. Hari Ahad plak hantar kek ke KK. Anak2 yang besar dah cakap takmo ikut. Hmm...macam2 lah anak2 nih. Mana2 lah.

Ok lah..cik abang ai dah balik, nak sambung buat kek. Dia dah janji nak wat kek fondant sama2. :)

Comments

Adrina Adi said…
rezeki jangan ditolak. nanti buatkan la i kek. tak pernah lagi rasa kek u.
juanita said…
hi Jom

contest “Kisah Aku & Tupperware” untuk memenangi Hadiah Utama Hamper Tupperware Bernilai RM300.
http://www.tetikusrusak.net/kisah-aku-tupperware/

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!