Kebakaran Di Taman Jutaya

Semalam saya telah menjadi seorang ahli bomba. Wah. sungguh terasa macam hero. Berjaya padam kan api kebakaran. Yang membuatkan saya lebih hebak lagi saya padam kan dengan menggunakan bekas tipuware jer dan di bantu oleh jiran saya - Mel.C (bukan nama sebenar) yang menggunakan rice cooker. Dia pon hebak kan ? Kiranya semalam tu kami berdua jadi hero lah.

Tapi pujian lebih patut di beri kepada Hugau ( bukan nama sebenar jugak) sebab kalau bukan sebab hugau yang berjaya mengesan kepulan asap itam dah tentu saya tidak menjadi hero semalam. Ok lah...nak senang saya cerita dalam bentuk point2 ajela.Amacam ? Sekali sekala tukar style apa salahnye kan ?


- asap itam telah dikesan oleh Hugau dan ia datang dari arah belakang rumah jiran depan rumah saya. ...err...paham tak ? macam berbelit2 plak.

- saya pon membuat perkiraan dan mengesahkan bahawa asap itu memang datang dari belakang rumah jiran depan umah saya.

- memandangkan anak jiran tu , Shahiziey Sam ( pon bukan nama sebenar- ai pinjam nama Sam sebab dia paling fofuler kan skang ni....) memang mempunyai sejarah suka membakar2 ni...maka saya sangat la risau. Dia pernah membakar tilam yang di jemur oleh jiran saya Anis Suraya (bukan nama sebenar) hingga hampir turut membakar motor EX5 nya, pernah juga membakar pokok krismas jiran sebelah rumah saya ....(deyy...berapa banyak jiran daa....) dan juga cubaan membakar sebatang tiang lampu....ehh..ke tiang letrik ? Mana2 lah.

- Memandangkan family si Shahiziey Sam ni tak berapa nak bercampo ngan jiran2 lain, maka saya tak berani la nak pegi ke rumah dia untuk bertanya tentang kewujudan asap itam itu....maka saya telah cuba menelefon Anis Suraya kerana rumah dia sederet dgn rumah Shahiziey Sam dengan harapan dapat la Anis Suraya membuat intipan dari belakang rumah.

- Tetapi Anis Suraya tidak mengangkat telefon sebalik nya dia memhantar mesej yang bertulis " cannot call, sms only" . Maka saya pon sms la dengan kelajuan yang tinggi kepada Anis Suraya . Mesej saya berbunyi begini " Acu awok tengok belakang rumoh jiran awok tu, gapo terbakar?" Setelah mesej di hantar, saya pon menunggu dengan sabar.

- tiba2 saya ternampak Anis Suraya berlari keluar dari rumahnya sambil menggendong anak terus menuju ke rumah Shahiziey Sam. Saya pon turut serta. Ketika itu Shahiziey Sam ada sedang mundar mandir di depan rumahnya.

- Saya pon bertanya " Dek, mama mana ? " Sam kata mak dia pergi kerja. Saya mendapati Shahiziey Sam berseorangan sahaja di rumah . Saya terus memberi kan dia soalan yang kedua .." Dek, apa yang terbakar di belakang tu " . Muka Shahiziey berubah seraya berkata .." adadah ! tidak sengaja " .

- Saya suruh dia ke belakang untuk memadam kan api. Sedang kan saya pula teragak2 sama ada nak masuk ke tidak ke dalam rumah Shahiziey. Tetapi jiran sebelah rumah Shahiziey iaitu Mel.C memberi galakan kepada saya untuk masuk. Saya pon terus bersemangat. Berlari saya masuk w/p ketika itu saya memakai skirt labuh dan bercardigan ( wah! ) . Mel.C pon ikut saya dari belakang.

- Apabila saya sampai di tempat kejadian saya melihat api sudah tinggi. Shahiziey pula sedang memegang getah paip cuba untuk memadamkan api..tetapi malang sekali paip itu bocor membuatkan air yang dipancut keluar keluar macam air kencing sahaja. Oops!

- Saya agak panic. Pergi ke sinki dapur dan cuba mencari besen atau baldi atau gayung....tapi yang ada cuma bekas tipu ware. Aahh! Belasah jelah ! Mel.C juga terkejut dan tidak2 henti2 berkata " astaga, astaga..." . Mel C juga seperti saya capai sahaja apa yg boleh di tadah air dan dia telah menggunakan rice cooker.

- Akhirnya api berjaya di padam kan. Lupa pulak nak bagi tahu apa benda yang terbakar. Sampah2....macam botol2...tikar .....pastu pintu rumah yang dah tak di pakai dah ...di sandarkan pada pagar kawat rumah di bawah tangki air. Sebaik sahaja api berjaya di padamkan saya tanpa berlengah2 terus menasihatkan Shahiziey agar menghentikan tabiat suka membakar kerana ia boleh membawa padah. Chewah!

- Saya pon keluar dari rumah Shahiziey dengan berjalan secara slow motion untuk mendapat kan kesan yang lebih dramatik.....( ahahaha...sungguh la over) . tiba2 saya ternampak somi saya baru sampai dari mengambil Yasmin di Tadika.....eeeeekkkkkkkkkkkkkkk! (tu kesan bunyi potong stim ) . Saya pon pi dekat dia..terus ilang macho saya. Hahaha. Tapi masih tetap terasa seperti seorang hero.

- Saya pon bersungguh2 bercerita kepada somi saya apa yang telah berlaku (kalau dah nama saya Zanariah..bercerita harusla bersungguh2) ....habis cerita somi saya pon berkata ...." yang, kopi special satu " .


Sekian.


( maaf,gambar tak ada sebab saya sibuk menjadi ahli bomba memadamkan kebakaran, jadi tak sempat nak jadi photographer.)


* untuk ayat berwarna merah, sila baca di dalam bahasa Sabah.

Comments

fatienwm said…
nuahaha.lawoks.mmg pndai oo demo bercerita.abah baca sedak nih..ngeh3
saya telah membaca cerita ini sambil berimaginasi... mcm mimpi.
pB said…
syukur tak jadi apa apa
pB said…
budak tu kena gie bawak jumpa kounseler
fatienwm said…
baca entry janna nih mesti berimaginasi.heheh
ise3339 said…
mmg patut dibawa jumpa kaunselor itu shahiziey sam..kalu tgh2 mlm dio gi buat BBQ, ape cite?? bahayo..bahayo..
Effa Sahat said…
huhu .. tergelak sambil tersenyum membaca cerita akak, yang pasti somi sy akan curiga melihat saya begini. hehehhe..
Halen said…
hehehe.. nnt ada la tu pihak bomba hantar sijil penghargaan.
Kak Mah said…
hahahahha ja..sabar je lah citer ko nieh....
Klasss gituk citer u nie Janna. Buatkan ai tersenyum sorang2 depan lappy.Besh lah!

Nie mesti suka tgk citer CSI kan???? he..he..he..he..
adik : nanti suh la kak ami suh abah baco,heheh.

Farah : ahahah....sila la imejin saya pakai baju superhero.

Kak Pb: kak Pb,budok ni ai tak tahu dia cemaner,tp mak ayah dia mmg tak htr dia pegi special schools,sbb sy rasa budak ni kalau di beri bimbingan,dia ok tu.tp takkan kita nak pandai2 cakap ko mak ayah dia kak pb,they hardly talked to us ,their neigbours,ayah budok tu pensyarah maktab,mak dia nurse...patut nye mereka lebih tahu....tp,ntah la. kita tak tahu situasi sbnr kan...

tie: tu la...kalu wat BBQ ajok kami ok gok...muahahaha.

Efa : ala...ai pon selalu gak gitu,dok depan laptop tersengih2 soram2...hahaha.

Alin : leh dapat sijil ker ? wah beh ahh!

Mah : aku pon sabar gak...sabar ngan budak tu.

Riko: ahahah...jaga2 senyum2 soram2...bahyer....hihihi.
AziniMZ said…
kak janna.. napo gapokah ayah bdk tu.. mesti pensyarah ip keningau tu.. hiks.. pahtu gano respon parents budok tu lpsp kebakaran tu..

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!