Happy Birthday Hugau !



22/4 lepas birthday Hugau. So kami pegi la celebrate. Walaupon hari tu harilahir dia...tapi Hugau tetap kena datang kerja...eheheeheh...apa punya bos la kan ? Tapi ai hantar dia balik awal hari tu..supaya boleh dia pakai lawa2....mekap2...wangi2 untuk pegi dinner nanti. So pukul 8 malam kami pon pegi amek Hugau kat umah dia..

Masa dalam keta ni kami still tak tahu nak pegi makan kat mana. Last Incik Suami bawak pegi Pizza Hut. Actually, Pizzza Hut ni baru je di buka di Keningau. Sejak di buka kami tak pernah2 pegi2 pon lagi. Ntah...tak terasa nak pegi pulak. Lagi pon masa minggu awal ia di buka...orang punya la ramai ! Berderet orang beratur kat luar restoran tunggu turn nak masuk.

Malam kami pegi makan tu orang tak ramai sangat dah...mebi juga sebab belum gaji kan...ehehehee...

Saya buat Red Velvet Cupcakes untuk Hugau. Sedap lah kek tu. Lama dah sebenarnya nak cuba cuma baru sekarang boleh terai. Lepas makan2 kami pon terus balik tade nak menyinggah mana2 lagi pon esok nya saya ada kelas memandu. Haish...sebut je kelas memandu terus ada rasa semacam je dalam perut ni. Tak apa lah.






Untuk Hugau...Selamat Hari Lahir...semoga beroleh kejayaan...kebahagiaan dan di berkati Allah sentiasa. I'm glad that I have you as my assistant. You're like a family to all of us.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!