Bila Hujan Turun......

hari ni tak ke mana2 w/p cuti 3 hari. Minggu lepas pon cuti 3 hari jugak, pon tak kemana2 jugak.

Pagi2 pegi pasar, brekfes pastu balik cepat2 sebab incik suami nak ke KK dengan Ust. Fuad. Maka saya dan anak2 di rumah sajalah. Pagi2 cuaca panas sangat, sidai baju pon semua kering . Tengok cuaca elok cerah je maka saya pon plan nak la berbasikal around taman. Sejak incik suami beli basikal tu saya tak naik2 pon lagi.

Alih2 hujan lebat la pulak. Tak apa lah. Bila nampak hujan mencurah2, lebat, banyak....anak2 pon tergedik2 nak mandi hujan. Saya pon bagi. Bersorak la semuanya. Terus berlari ke dalam hujan. Teringat masa kecik2 dulu. Saya pon suka mandi hujan jugak. Asal hujan lebat mula dok terjenguk2 ke luar tingkap. Pastu kalau nampak anak2 Toksu sebelah rumah semua pakat berlari dalam hujan dengan gembiranya makin la tak tahan nak ikut mandi jugak. Hahaha. Bila Ma bagi green light......weeeeehhoooooo! terus turun tangga berlari dalam hujan. Seronok sungguh. Mandi hujan la saya sampai kecut. Tapi Alhamdulillah walaupon beriya mandi hujan sampai ketar2,biru bibir2..kulit tangan semua habis kecut tak pulak kami adik beradik demam. Mungkin jugak sebab dah biasa kot.

Sebab tu saya bagi anak2 mandi hujan...main air hujan biar keras sikit badan tu....biar kuat sikit ,tahan lasak sikit. Nanti besok2 kalau kena hujan lebat pon steady jer.

Comments

Halen said…
nnt mai la kk ble amik hadiah hehe
eh...ai dapat hadiah ke? heheehe

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!