Really.

Malam tadi saya dengan Ma, Abah, Incik Suami dan anak pergi melawat my uncle Ayah In yang baru balik dari Makkatal Mukarromah...my Ayah In nampak kurus sikit, but alhamdulillah...sihat walafiat.

Sepanjang perjalanan dalam kereta tu saya tengok di tepi2 jalan banyak betul kedai2 makan, gerai2 dan restoran. Macam2 gaya...macam2 nama...meriah dengan lampu yang berwarna warni....orang pon boleh tahan ramai. Masa tu baru la saya perasan...saya ni orang Kota Bharu...lahir di Kota Bharu...membesar...bersekolah pon di Kota Bharu....tapi saya tak tahu pon kat mana tempat makan yang menarik dan best di Kota Bharu. Pity me kan? Kalau la orang tanya kat mana tempat nak makan Tom Yam yang sedap KB...saya tak tahu. Kalau orang suruh saya tunjukkan tempat makan ikan bakar yang best di KB....pon saya tak tahu. Siyes saya tak tahu. Tambah2 pulak sejak kawin ni pon balik kampung setahun sekali jer...

Nak buat macam mana...selama2 saya dok di KB..dari kecil sampai la sekolah menengah kami adik beradik ni tak pernah di bawa makan2 di luar. Kecuali la atas inisiatif sendiri. Almaklum laa..family saya ni bukan la orang yang senang so aktiviti makan2 kat luar ni memang boleh kata tak pernah la kami buat. Nak2 pulak we are a big family...so kalu nak pegi makan with a least 10 family members tu..it definitely will cost a lot la jugak. Tambah2 pula my Abah jenis suka makan kat rumah..suka makan yang my mom masak. : )


But sekarang ni since almost all of my siblings dah kawin and working tiap2 tahun misti ada aktiviti makan besar di luar. Makan yang special skit lah...di tempat yang special jugak lah, nak2 lagi bila each and every one of us balik kampung. Sebab susah jugak nak kumpulkan kami 10 beradik...so bila dapat berkumpul semua tu memang akan pegi makan besar. Syiok!

Comments

Adrina Adi said…
bertambah2 best kalau ramai adik bradik perempuan. meriah sangat2.
Meriah tu..........selamat bercuti.
kakak: yup,betul. cerita tak habis2.

Pak man: tima kasih pakman...juga selamat kembali ke tanah air, pak man!

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak