Pada Suatu Hari

Owh...nak cerita la jugak w/p bukan la citer best sangat pon.

Baru2 ni saya telah di jemput oleh pihak KEMAS untuk buat satu demo menghias kek sempena hari penyampaian sijil peserta2 Kemas. Kiranya macam satu slot jemputan laa.....

Maka ahkak hari tu kena la buat demo kat depan peserta2 Kemas dan jugak tetamu2. Alah...majlis simple2 jer tapi seronok la jugak. Dapat la jugak akak berangan konon macam Celebrity Chef gituk .Hahahaha...sangat la perasan. Mula2 tau risau jugak akak..yer la...kang tiba2 tergagap2 tak tahu nak cakap apa...malu la ai. Tapi ahkak ada la jugak berlatih kat umah...siap guna Hugau as my fake penonton. Hua hua hua...bersungguh nye aku pom. Bila tiba hari nya ok jer...akak cool jer. Dah ahkak ni kan suka bercakap jadi bila di beri peluang bercakap2 kat depan orang ni ...cakap la sampai kering air liur.

Glemer tak ahkak? heheehe


Tapi yang best penonton2 pon enjoy jugak. Lepas ahkak buat demo depa plak di beri peluang untuk mencuba deko kek jugak. Main2 krim. Hahaha..macam2 karenah ada. Ahkak pon sempat la jugak jual 2, 3 jenis barang2 buat kek. Misti la kena pandai amek peluang kan ? Kira ni win-win situation la.....orang Kemas dapat benefit..ahkak pon dapat benefit jugak. Alhamdulillah.


semua excited mencuba




....dan ni la hasil kek yang di kerjakan oleh mereka.



Ahkak bawak sume pegi sana. Anak2. Cik abam pon ikut. Siap jadik photographer bidan terjun lagik. Hahaha. yang penting makan tengah hari untuk hari tu dah lepas. :D


dah siap demo dapat sijil penghargaan dan sedikit cenderehati dari pihak KEMAS la pulak.


Terima kasih kepada pihak Kemas kerana sudi menjemput saya...terumata sekali kepada Kak Hasijah....antara orang kuat KEMAS Kg. Dangulad.

Comments

Ahlami said…
hahahhaha ! glemer nye kakak aku ! nak sign pelishhhh ? haha
Mrs Hardlena said…
waaa caya la janna.. bravo bravo.. :)

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak