Who is Incik Hugau?

Memandangkan Kak Pb kita ada kemusykilan maka saya dengan sukahati nya sudi menjawab kemusykilan Kak Pb kita dengan panjang lebar.

Kak Pb tanya..incik hugau tu siapa? Hugau tu assistant saya Kak Pb dan dia seorang perempuan sejati. Nama Hugau tu nama manja dia...tu Bahasa Dusun tu...yang bermaksud Anak....so ..kira macam Hugau ni anak saya lah? alahai....

Hugau ni dah berkerja dengan saya sejak 1 Januari 2010. So hingga ke hari ni Hugau dah berkhidmat dengan saya selama 9 bulan 21 hari lah.

Omo dia baru 20 tahun. Macam tak single dah rasanya.

Skop tugas Hugau ni meliputi kerja2 membuat kek, buat roti, buat krimpaf, pizza, kemas2 .....masak nasi.....buat susu Nana and Anin....kadang2 ada la jugak saya ajak dia lipat baju sesama...hehehe....kadang2 Hugau jugak jadi babysitter untuk anak2 saya. Contoh macam hari yang saya pegi KK tu lah. gitu lah. kira hugau ni..serba boleh lah!

Sejak ada Incik Hugau ni...memang memudahkan kerja saya. Sebelum ni dok pulun buat kek2 segala sendiri2...sekarang ni pagi2 saya tinggal tulis senarai benda2 nak buat, lekat kat bod di kedai tu.....gerenti di tanggung beres oleh Incik Hugau. Kalau kek2 tu saya tinggal deco jer.

Mujor la jugak Hugau ni jenis cepat belajar...jadi saya ajar sikit2...dia dah faham dah. Tak payah saya nak ulang banyak2 kali. Lepas ni saya nak ajar dia deco2 plak. Biar dia pandai hias kek plak. Hmm..kalau lepas ni dia cakap nak berenti sebab nak bukak bakeri jugak....habis la saya.

Terima kasih Hugau sebab sudi kerja dengan saya..juga sebab sabar dengan karenah saya ni.....agak2 saya ni Boss yang macam mana ? hehehehe...

Comments

Aku pun dari hari tu...dok sebuk nk tanya nko saper ler Hugau nie. Sonoknyer ada PA kat rumah..beshlah!

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!