Catatan.......untuk hari ini (Mah, aku tiru ko Mah)

Hari ni saya gi KK. Cousin saya kata kuat nya saya berjalan2. Yer,saya memang kuat berjalan tapi kali ni saya pergi cari barang. Barang2 kek sudah banyak yang kurang, jadi kena la top up.

Anak2 sumer saya tinggal...eh,tak lah. Saya bawak Nana jer. Sejak 2 hari lepas lagi saya dah bagi taklimat panjang berjela dekat Yasmin tentang kenapa dan mengapa saya tak mahu bawak dia pergi KK jugak. Alhamdulillah....alasan supaya dia tak pening2 sepanjang perjalanan ke KK sangat la berkesan. Dan Anin dapat menerima hakikat yang dia terpaksa kena tinggal kat rumah dengan kakak2nyer dengan hati yang terbuka. Cuma satu je syarat dia...beli kan dia Tora. Alaaaahhh......syarat tu senang jer. Balik dari KK kang saya singgah je kat Taman Luagan tu...beli Tora sorang satu. Setel.


Sebelum pergi saya masak siap2. Saya wat asam pedas ikan pari macam yang Sophea mintak. Nak tinggal anak2 ni kena la penuhi request diaorang selagi boleh . Baru la dapat pergi dengan fikiran yang tenang. Saya pastikan stok makan cukup walaupon saya pergi cuma separuh hari jer. Dah pesan dekat Hugau, kalu nak goreng keropok lekor...ada , french fries ada. Nak makan satay pon ada. Saya dah siap perap dah 36 cucuk satay ayam, tinggal bakar jer. Kek Coklat pon ada.

Mula2 kami singgah di SMK Gunsanad. Sebab incik suami ada periksa PTK. Dia kata nak wat dalam masa 5 menet jer. Dia guna kaedah common sense + tembak dalam usaha menjawab soklan PTK tu. Ni dia amek PTK 2....PTK 1 dah lepas and ni pon tinggal satu paper ni je lagik. Lagipon ni la peksa PTK yang terakhir, lepas ni dah tade. Dah kena mansuh.



Jangan salah faham, sekolah ni antara sekolah menengah terawal di Keningau, sekolah lama, jadi sebab tu cat kat tulisan tu pon dah tanggal2...



Lepas dah jawab soklan PTK kami pon bertolak ke KK. Nampaknye incik suami telah mengambil masa 20menet untuk menjawab soklan yang sepatutnya di jawab dalam masa 1jam. Sementara menunggu incik suami menjawab soalan tu saya sempat la jugak menskodeng student tengah dating dekat bus stop.


Mereka nampak sungguh gembira kerana dapat berjumper (incik Capik pasti sangat memahami)



Dan owh...untuk pengetahuan semua, Incik Suami merupakan orang yang paling lambat sampai di tempat amek periksa, tetapi dia berjaya menjadi orang yang pertama keluar dari bilik peperiksaan sebelum tamat waktu. Tahniah Incik Suami. Dan anda akan mendapat satu lagi ucapan Tahniah sekiranya anda lulus 4 untuk paper ni.



incik suami melangkah keluar dengan penuh bergaya dan berkeyakinan sekali




Sampai di Putatan kami mengisi perut dahulu. Kami makan di tempat biasa. Restoran Seri Keningau cawangan Putatan. Kalau kami sampai je Putatan ni memang di sini la kami makan...dan yang hairannya, kami sendiri memang jarang pergi ke Restoran Seri Keningau cawangan Keningau. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dekat sangat kot. Not adventurous enough. Saya dan incik suami telah sepakat untuk makan lauk yang sama iaitu Asam Pedas Ikan Pari kerana Incik suami kata, sebab tak dapat makan Asam pedas yang saya masak di rumah tadi. Saya tak tahu nak rasa kembang dan bangga atau sebaliknya.

Kemudian saya terus ke Bake With Me. Nama kedai supplier bahan2 kek. Saya malas nak cari2 saya bagi list yang saya dah tulis seminggu lepas dekat budak kedai tu. biar dia yang amek semua. Terasa la jugak macam boss besar, tunggu kat kaunter jer. Purse saya yang pada asalnye kembung terus kempis. Hmm....adat lah.

Lepas tu kami pergi pulak ke Luyang. Misi nak beli Mozarella Cheese seberat 5kg dan whip cream cap VIVO. Misi berjaya. Kali ni wallet incik suami pulak yang kempis.

Hasrat di hati nak merewang2 ke sana sini. Yer la..sementara anak cuma ada sorang je ni kan. Tapi Incik Suami ada pertandingan dart di Tambunan pulak malam ni. Jadi terpaksa simpan je lah hasrat tu di dalam hati. Saya ingat incik suami dah tak perlu pergi ke Tambunan malam ni sebab malam tadi dia dah kalah, tapi kena pergi lagi. Tak pe lah. Kita tengok laporan sukan dart malam ni macam mana. Kalah ke menang.

Kemudian kami singgah di Petronas untuk cucuk duit, isi minyak, kosongkan pundi kencing memasing dan juga bersolat jamak ta'akhir. Tandas perempuan rosak agaknye, maka terpaksa la kami guna tandas lelaki sahaja. Ish. Sungguh la saya tak lalu. Sementara tunggu Incik suami bersolat saya masuk ke dalam Kedai Mesra tu....cari2 jajan dan sedikit minuman. Nana kata nak air bunga dan jajan Cheezels. Bila jajan dah penuh satu plastik kami pon terus bertolak balik ke Keningau.

Kami sampai Keningau jam 5 lebih. Singgah dulu di Taman Luagan sebab dah janji dengan Anin nak beli Tora kan. Ngam2 ada 4 kotak Tora kat KD Damai tu. Dalam pada tu sempat juga incik suami mengopi dengan kengkawan dia kat Warung Alan. Saya pon join la jugak. Tapi meja lain2.

Sampai rumah anak2 sumer menjerit kegembiraan. Bila saya keluar dari kereta Anin cepat2 terkam saya...wah, baru mak pergi sekejap dah rindu ker ? "Mak, mana Tora Kak Chik?", cheh, nak tora rupanya. Saya check keadaan Hugau....owh. dia nampak ok. risau jugak kot2 dia di buli teruk oleh bebudak ini.


Selesai unload barang dari kereta saya masuk rumah.....masuk ke dapor....and found this ...............................................






dan ini....




owh...sungguh bahagia. terima kasih incik hugau.

Comments

Capik said…
ohh..tidakk..sya tidak memahami...heheh..panjey cito nie kk ja...best baco..ejah ajar buat kek 2..hehehe
fatien adibah said…
hahaha..lawoks entry nih.hahaha.kak ja kak ja..sempoi la you!
Adrina Adi said…
kak ja, itu pasat i sayang sama you. suka baca entry ni.

awat you letak gambar kain jer? barang2 you shopping tak letak pung.. :P
beshlah baca! tak aci lah...tak letak gambo nko ....Nx entry kena letak gambo nko & barang2 yg nko beli kat kedai cake tu tawwwww.
iena hamdi said…
hahahaha akak janna ni kalau dah bebel.. panjang lebar,.. tu pun kalau idea dtg la tuh..

kalau tak dua tiga baris jer.. hehee

i lap u kak
Capik: aiii...yeke tok memahami? hihihi...nk blaja wat kek,saya ada wat kelas baking, mari la join,hehehe

ADik : adik gak, lawok blako...

kakak: I lap u tooooooo! gmbr barang2 tader ...byk sgt,tak muat dalam kamera..hihih

Nurul:gmbr aku tak yah aaa...aku ni pemalu..

Iena: haa..dah nak sgt akak membebel kan...hihihi
wanee said…
waahh gunsanad, kire mendiang moyang mertua saya la tuh kan hehe

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!