Cuti Hari Buruh





Yer,cuti hari buruh baru2 ni anda semua buat apa? Pergi berjalan2? Berehat2 sahaja di rumah? Atau ada jemputan kenduri kawin?

Pada Cuti hari buruh yang lepas saya bekerja seperti biasa. Malah terpaksa bekerja lebih masa. Bertungkus lumus menyiapkan tempahan kek dan juga pizza. Hmm....akhir2 ni tempahan banyak pula di hujung2 minggu. Membuatkan saya merasakan kaki dan tangan yang ada ni sangat la tak cukup. Tapi dah nama pon kerja....buat ajelah. Dah nama pon rezeki...bersyukurla banyak2.

Sedang saya dok bergelumang dengan tepung, krim....somi saya kata, apa kata kita pegi berjimba2 dan bersuka ria di KK pada esok harinya. Saya pon setuju lah. Dah lama tak ke KK. Macam dah lupa dah berapa besar dah 1Borneo tu....macam dah tak berapa ingat dah CentrePoint tu ada berapa tingkat. Nampak gaya terpaksa la juga saya ke sana untuk mengira berapa besar dan berapa tingkat yang ada.....sebab dah lupa kan.

So pada hari Ahad tu...selepas menyiapkan 7 biji pizza yang orang tempah untuk buat sarapan (dasat orang Keningau ni, sarapan pon makan pizza) serta sebijik kek keladi....kami pon bertolak la ke KK.

Entah kenapa....kali ni pening pulak kepala ni naik kereta ke KK. Sampai Yasmin pon muntah. Angah plak...dah sampai KK baru nak muntah. Aina pon komplen cakap muka dia pusing2, mata dia pusing2...mulut pon pusing2. Agak2 kalu naik Toyota Estima pening jugak ker?

Sampai KK kami pon tanpa berlengah lagi terus ke 1Borneo, konon nak terus jumpa sahabat saya di sana, alih2 masa saya SMS kata saya dah sampai 1Borneo...dia pulak dah sampai rumah. Adoii...takde jodoh la tu.

Alang2 dah di 1Borneo, kami pon mula la mencari baju2 untuk anak2. Pilih2...dapat la sorang 2 pasang. Jadik lah. Pastu jalan2 plak dalam Parkson. Aku pon tak pasti sejak bila Tune.Store tu dah bertukar jadi Parkson plak. Habis la segala point2 aku . Ilang gitu jela gamaknyer. Tak sempat nak tebus. Padahal banyak jugak aku dah derma kat Tune.Store tu dulu. Aku beli panties kat kanter Triumph. Beli la untuk Sophea sekali. Wahh...budak ni dah pakai spender Triumph. Padahal baru Darjah 3. Takper. Beli panties yang elok skit...supaya getah dia tak mudah loose. Angah plak beli panties biasa2 je.....3 lai for 8 hengget. Sori ngah...bukan Mak tak sayang Angah yang sememangnya anak No. 2, tp untuk Angah panties Triumph blom ada saiz. Montot (atau Pan*a* as the local people here in Sabah call it ) Angah tu perlu mengembang lagi Ngah...in order for you to wear a Triumph panties ye.

Pusing2 kat bahagian baby....kanak2...tengok ada stroller McLaren. Benti la tengok. Saje la nak tengok rege walaupon memang dah leh agak range harga dia. Jadi bila tengok tag harga tu..tader la gigil sangat. Apa la nak di gigil kalu sekadar tengok je kan? cuma tu la...tingat plak kat my kazen sorang ni...dia tanya wife dia..." dah kalu stroller mahal2 ni....riban2 ni....kiranya, tak payah tolak la yer? dia gerak sendiri? " wife dia jawab " tak la..kena tolak jugak..." maka respon kazen saya...." dah kalo gitu..beli yg 2,3 ratus cukup la....kena tolak sndiri jugak..."Bila di fikir2, betul jugak kan?

Dalam Parkson tu...terserempak la pulak dengan my blogger Farah and Halen. Dah di jemput la pulak kami ke majlis hari lahir anak Halen...kat Kenny Roger's. Langkah kanan la kiranya kami ni. Cuma majlis nya pukul 8 malam. Masa kami bertembung ngan Halen tu...baru kol 3 kot....dah gitu, somi saya kata...kita berkampung ajelah kat 1Borneo ni. Senang citer. Maka berkampung la kami kat sana. Tak pegi memana lagi dah.

Yang saya kecewa ni....kami nak cari selipar untuk anak2. Ala...selipar Ipanema tu......selipar Giselle Bundchen tu...tak ada di 1Borneo. Tak tahu la kalau2 saya tak tahu. Tak cukup urban la 1Borneo macam ni kalu. Bagus selipar tu...sedap dipakai..tahan pulak tu. Rege pon ok...sangat berpatutan. Yer la..compare dengan Crocs tu.
Ni la sandal Ipanema tu....sblm ni anak2 pakai yg ni.




yang ni pon cumil gak..ada lagi yg cumil2.




ok la...selepas dah makan2 kat Kenny Roger's dengan Halen and kawan2 dia...kami pon balik. Tu pon dah pukul 10.30 malam. Sampai rumah...penat gilosss. Tilam and bantal je nampak. Dah dapat baring...owh...bahagianya. Baring2 sambil berangan. Hmm....eh, esok hari apa? hari Isnin. Aduyaaiaiaii...esok keje ! Hari2 jugak ada kerja laa......

Comments

FA said…
baru tauu somi tuu suami..haha,ingt ko panggilan baru apa ker..hehe..
Adrina Adi said…
kesian kan jadi anak no. 2...

isk isk isk

hehe.
adek: bagusla kalu dah tahu...

kakak: kan? kan? kan? eh...tp u anak nomot 1...
kak janna, Tune stor masih wujud. tapi berada di Ground Floor..turun takhta dia. kalo xsilap, ada kat entry yg dekat pizza ke??? alah...lupa. yg penting, dia kat area2 tu la.
pasal stroller mclarren tu..komen sikit ek. Pernah pakai, dan masih lagi pakai utk si wafiy. Mmg best. Tolak dicelahan org ramai dan tempat sempit sgt excellent to maneuver. Thanx to its tayar getah yg berpusing2. Cuma, xleh baring sampai abis. Bercongkah jah boleh. Kalu anak kita tido, kesian la napok, terteleng la dio. So, sesuai utk anak2 yg sudah boleh duduk saja. Pernah pinjam stroller kawan yg murah sikik, ada tenaga extra diperlukan dalam memandunya. So, bila guna maclarren semua, berbaloi-baloi....
farah : yup, I know stroller mclaren sgt besh di pakai...of kos sgt berbeza dgn yg murah2 la...heheeh..but for average people like me...tak mampu eden...hehehe...
This comment has been removed by the author.
i pun ore average... rezeki wafiy ada ore bagi..hihihi

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak