?

Hari ni saya tak meroti, alih2 ada orang nak roti. Aiseyman....napa la awak order hari saya tak meroti...hari saya meroti awak tak order, sampai berkulat2 roti eden. Amboi....marah ker? nak meniaga mana boleh marah2, customer is always right maa......

Hari ni cuma suh Hugau wat inti karipap jer. Sapa plak Hugau nih? ni adik yang keje ngan saya. Semalam jenuh dok ajar dia kelim karipap...tp bagus si Hugau nih..cepat bajar, baru dua hari mengelim karipap dah elok dah kelim nyer...walaupon tak secantik saya kelim...hahaha..perasan la pulak. Apa2 pon she still needs to practice more and more....


Tak tahu la kenapa hari ni saya rasa mengantuk giler. Mungkin sebab tak menguli roti so jadik ngantuk. Actually semalam pon ngantuk gak, sampai ahkak mengelim karipap sambil mata pejam.Hahahaa...seb baik kelim menjadik. So,since today tader nak wat apa dah saya pon cakap kat Hugau dia boleh balik awal hari ni. Baik kan saya? (Padahal dah dua hari si hugau balik lewat....kuikuikui). Elok je Si Hugau balik terus saya amek bantal landing depan tv....hahahaha. Tak dan citer kat tv tu hbs...saya dah hilang...ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......


Owh heaven nyer tido petang. Sedar2 dah kol 5.30 petang pastu Ayang call kata esok ada orang nak kek...owh, nampak nyer malam ni tak dapek jugak eden nak tido awal...kena kerja jugak. Gini la kan kalu jadik boss kan? Malam pon kena keje.

Sekian terima kasih.


p.s : Sophea leh jadik Pengawas sekolah tak tahu la dia suka ke tak, saya plak biasa2 jer, :)

Comments

iena hamdi said…
wahhh sofia di lantik jd pengawas,,, tahniah,...
halen said…
hehe..bos bos mana ble tido awal. bisnes tgh maju ni kena kerja overtime la.

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!