Agak2 ler, kan?

Anak2 ni ada masa2 diaorang gi skolah nak bawak bekal. Bawak bekal tu tengok keadaan la jugak. Kadang2 bawak nasi, kadang roti ker (home made okay......hehehe) kadang sosej ker.....tak tentu lah. Kadang2 takmo bawak, so bawak duit jer. Dah bawak bekal tu aku ingat duit belanja gi skolah tak habis la kan......mana nyer tak habis jugak! Nak2 si Laila...kalu Sophea tu reti gak ler nak simpan separuh.

Owh tadi budak2 ni bawak bekal nasik ngan sosej. So balik skolah aku cam biasa misti la soal macam2 la ...macam polis la kiranya....hari ni makan apa kat skolah...duit belanja habis ke tidak...Sophea macam biasa misti la habis makan bekal, Laila plak kata dia tak sempat makan. Lerrr.......camno boleh tak sempat. Kuar kelas lambat ker? Angah kata dia tolong cikgu dia susun buku dekat library so by the time she and two other friends siap susun buku and baru je nak pegi makan loceng dah bunyik. So tak sompek ler nak makan. Lerr......siannyer anak aku.

Aku rasa cam tak patut la plak cikgu suh anak aku tolong wat kijer sampai tak sempat nak makan. Iyer...menolong guru tu amalan baik lagi mulia tapi kan cikgu...agak2 ler. Sian anak saya tu...dia baru darjah dua......budak lagi pon, mana la tahan perut kalau lambat2 makan. Tak pon apa salah nyer cikgu bagi budak2 tu kuih ker barang sebijik dua ...yer la memandangkan cikgu dah curik waktu makan diorang kan. Kang diaorang makan dalam kelas kang cikgu marah plak .
Kalu lepas depa tulung cikgu belanja diaorang makan mee kosong sepinggan kongsi 3 orang pon dah ok sesangat dah cikgu. Tanda tima kasih, bukan ker cikgu jugak yang ajar supaya murid ni pandai berterima kasih. Lenkali misti budak2 ni misti nak tulun cikgu lagi punyer.

So, amacam Cikgu? OK lah, nak tengok Cikgu Shaari plak...citer "Masam2 Manis", citer P.Ramlee. Tengok baper ratus kali sampai dah hafal dialog pon tak jemu2 .

Comments

Halen said…
haha.. ur cik abe bkn cikgu ke ekekeke :p
sian dia x sempat nk makan mesti lapar tu.
yer..saya ni isteri cikgu,anak cikgu,adik cikgu serta kakak cikgu....sumer cikgu2,hehehe...

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!