A memory.....
FAM rakam takziah kepada keluarga bekas pengadil FIFA
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari Kelantan, Wan Rasyid Wan Jaafar yang meninggal dunia semalam.
Ucapan takziah itu turut dimuatkan menerusi kenyataan ringkas di laman web rasmi badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Wan Rasyid yang menjadi pengadil FIFA dari tahun 1986 hingga 1989 menghembuskan nafas terakhirnya di Kota Bharu, tengah hari semalam.
Bekas graduan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia atau UPM) itu pernah berkhidmat sebagai guru di Sungai Pinang, Kelantan dan memilih bersara awal atas sebab-sebab kesihatan.
Wan Rasyid, 61, meninggalkan seorang balu dan enam anak.
“Dengan ini DYMM Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, pemegang jawatan dan anggota sekretariat serta seluruh keluarga bola sepak Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” menurut kenyataan FAM.
Di petik dari BeritaBola.Cyberbola.com.
Comments