Mangga dah berbuah!




Ya, pokok mangga kat belakang rumah aku ni dah berbuah. Hari tu masa pokok tu baru berbunga aku ada amik gambar. Banyak sangat bunga dia , yang gugur pon banyak jugak lagi2 kalu lepas hujan. Sekarang ni buah mangga dah makin besar. Tapi aku tak tahu la sempat ker aku nak merasa buah mangga tu masak. Yelah, tak lama lagi dah nak cuti sekolah jadi aku pon nak balik kampung la . Kalu by the time aku nak balik tu buah mangga belum sukup masak lagi, jawabnya kempunan la aku. Dah la tahun ni baru ni lah pokok tu berbuah. Mangga tu pulak memang sedap kalu dah masak. Manis. tapi aku tak tahu pulak tu mangga jenis apa. Tahun lepas pokok tu berbuah 2 kali, jadi memang sempat la aku rasa. Dapat la gak bagi2 skit kat jiran2. Harap2 kali ni sempat gak la....nak2 la kalu time mangga tu masak ngam2 dengan raya orait gak, bulih la hidang kat tetamu.




Owh! Dalam aku dok tengok tv ni aku teringat kat Steve Irwin. Dah meninggal dah dia...siapa sangka kan. Crocodile Hunter meninggal akibat terkena sengat ekor pari dan bukannya kerana kena baham buaya. Aku memang minat tengok dia kat tv, memang bersungguh2 kalu dia bercerita. Kesian jugak tengok anak2 dia. KEcik2 lagi dah takder ayah.....sedihnya....

Comments

norf with love said…
AKHIRNYA.....

on9 jugak mak yasmin nih...
lama norf tunggu...
hehehe...
tu la.....hari tu internet kena suspended....hehehe....tu tak leh online tuh....muehehehehe....

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!