Arrrggghhh! Letih nya........ : - (

Letih sungguh hari ni. Dah la tak bangun sahur, pahtu gentel karipap pulak 260 biji. Eh! Actually, tak sempat pon gentel sampai 260biji pasal cuma berjaya gentel setakat 253biji jer. Hehehe....Ada member ni la mintak tolong buatkan karipap 260 biji pasal nak bawak gi skolah untuk majlis bukak puasa. Dia dok merayu2 mintak tolong aku, aku ni pulak kesian dengarkan suara dia kat telefon sanggup lah . Malam tu aku tido lewat pasal dok tunggu inti karipap siap. Sampai kol 1.30 pagi aku dah tak larat nak tunggu dah, penat and ngantuk sangat dah rasanya pasal siang nya aku niaga ayam percik kat taman atas (as usual la .....tiap kalu Ramadhan aku mesti bukak gerai Ayam Percik) . Last2 inti belum cukup kering aku matikan api dapur terus masuk tido. cik abe aku lame dah pengsan nyer. Besok lah sambung. Kemain ni kunci jam kol 3.30 pagi nak bangun sahur alih2 aku sedar dah pukul 5. Huh..sahur amender nye kol 5....dah subuh dah....

Menu buka puasa hari ni aku tak masak2 aper2 pom, hehehe....sumer tapau je. Yelar, mana sempat masak pasal dok gentel karipap. Tu pon nasib baik Yasmin tak buat perangai, kalu tidak jgn harap la bulih cecah 100biji karipap pon. LEpas terawih aku ajak Ayang aku gi carik barang skit. Esok nak buat Seri Kaya and Onde2 atau juga dikenali dengan nama Buah Melaka. Kat Mini Bazaar Ramadhan kat taman atas tu cumer aku jer yang buat Seri Kaya and Buah Melaka. Kalu ada yang buat buah melaka pon ada la akak tu sorang. Tu pon aku tak tahu la nak panggil Buah Melaka ker aper pasal besar gedabak.....tak muat nak masuk mulut. Kalu gigit sah2 terpercik kat baju. Tapi Ayam percik tak buat la besok, pasal my tukang bakar ayam mengajar, hehehe....so buat kuih jer.

Masa gi cari barang2 tadi aku terjumpa dengan member lama and member my Ayang jugak la - Din Botak, aku tak pasti la nama betul dia aper, hehehe. Kitaorang sama2 bersilat kat UPM dulu. Kira macam gang la jugak. Wah! Makin bulat dia sekarang......tapi tak der la bulat sangat cumer badan dia memang bertambah berisi laa...dia buat KPLI kat Maktab Keningau. Patut la tak pernah nampka sebelum ni. Dia pon agaknyer terkejut gak tengok kitaorang -me and hubby laa...,pasal dulu masa dok UPM masing2 macam budak2 lagi, pastu sekarang jumpa dia tengok kitaorang dah anak 3. Hehehe......dia pon baru jer dapat baby sulung minggu lepas. Wife dia orang Tawau. Oh....patut la buat KPLI pon kat Sabah. Seronok betul jumpa dia. Macam jumpa sedara jer. Kitaorang tukar2 nombor telefon pahtu sempat lagi promote suh pegi gerai Ayam percik, hehehe......mestila. Nak bisnes kenala macam tu.

Anyway, pasal my gerai tu aku cumer bukak on weekend jer. Pasal Ayang aku ngajar petang so susah la nak gi niaga, nak2 plak dia yang bakor ayam so...tak boleh la. Kalu nak harap aku sorang yang handle memang payah ler. Kalu tak der anak kecik mungkin bulih di adjust. Tak per lah, weekend pon weekend jerlah. Dapat la kumpul duit raya skit2. NI masuk tahun ketiga la aku bukak gerai ayam percik. Setakat ni sambutannya alhamdulillah...sangat menggalakkan (cewah ! macam gaya artis bercerita pasal jualan album jer ,hehehe....) . Lagi pon memang tak der orang lain yang jual ayam percik, kalu ada pon.......tak pastila sama ada boleh dipanggil ayam percik atau tidak. BUkan apa, ayam percik ni dibakar.....tapi kalu dah di goreng tu boleh ker dikategorikan ayam percik ? Biorlah.....tak kisah la, terserah kat pembeli la kan mana satu yang diaorang suker.

Okaylah , tu jelah dulu. Nanti besok2 aku update lagi. Banyak lagi nak cerita sebenar nye ni. Chow!

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak