Sophea's First Day at School


Semalam hari pertama Sophea pegi sekolah. Seronok sungguh dia . Yelah, dah lama dah dok tanya bila bulih pegi sekolah akhirnya hari yang ditunggu2 sudah tiba. Siap pakai baju skolah dia yang kaler hijau tu..dengan tudung.....kasut and beg sekolah. Aku pun seronok tengok. Orang lain dah mula sekolah minggu lepas lagi tapi dia minggu ni baru nak pergi skolah. Bukan aper ....daftar lambat sikit jadi buat baju pun lambat tapi tu la nasib baik Kak Nah jahit cepat sebab tak banyak baju yang hendak dijahit. So hari ni barulah dia boleh pergi sekolah. Tak perlah...lagipon cikgu dia kata buku pun belum sampai lagi.....baru belajar sikit2.

Aku hantar Sophea pergi Tadika Pasti jer.....dekat Taman aku ni pon ada gak satu tadika tapi rasanya tak mampu nak hantar situ w/pun ramai yang kata kat situ bagus. Tak per lah kakak....yang penting Mak nak kakak biasakan diri pergi sekolah jer......belajar berkawan....maklumlah, memang dari kecik tak pernah berpisah ngan aku ......lagipun okay gak tadika tu...boleh belajar baca2 doa.....nasyid ker..ngaji sikit2 jadi lah. Kalu hantar tadika cina ker...montessori ker .....sah dah tak ajar baca doa rasanya. Kalu setakat nak belajar English....kat rumah ni pon aku cakap campur2, Kelate...English...Melayu......in fact, cikgu dia kata masa kat sekolah semalam bila cikgu dia ajar " Ini awan..." dia bulih pulak cakap kat cikgu dia "bukan awan cikgu...cloud...". Dia lah pulak yang ajar cikgu dia. Hiihihihi...

Semalam di pegi sekolah Ayah dia yang hantarkan tapi hari ni dia tumpang cikgu dia jer...sebab cikgu dia tu dok sebelah rumah ni jer....memandangkan Ayah dia pon ngajar petang jadi susah lah sikit hari2 nak pegi hantar and pegi ambik....lain lah kalu jalan sama....jadi tumpang cikgu dia jelah. Sophea masuk kelas pukul 2 petang and habis pukul 4.30 petang. Kalu dia sekolah pagi tu bolehla Ayah dia pegi hantar and ambik. Tak per lah...besok Ayah pegi sekolah pagi sebab ada acara Merentas Desa jadi petang dah tak payah pegi sekolah, boleh la Ayah pegi hantar and pegi ambik kakak. Mak pon sebenarnya nak sangat tengok kakak masuk kelas macam mana.....hihihihi...

Balik sekolah jer terus dia bukak beg nak tunjuk kerja2 yang dia buat kat sekolah.......melukis..mewarna.....menulis......Sophea takat tulis ABC, 123 tu dia memang dah pandai......kalu baca and eja tu memang tak pandai lagi la....

Tapi tu la semalam, masa Sophea tengah siap2 nak pegi sekolah adiknya Si Laila pon sibuk nak pegi jugak.....pakai jugak uniform sekolah kakak dia..cumer tudung jer tak pakai. Bila kakak dia naik keta dengan Ayah nya terus dia nangis2 nak ikut kakak dia pergi sekolah jugak. Melalak2 dia nak ikut. Sian pulak kat Ala kena dok umah dengan Mak.....dulu kakak ada kat umah main samer2 dengan Ala. Nak buat macam mana Ala....kalu Ala dah pandai kencing sendiri ataupun at least pandai cakap nak kencing Mak dah hantar jugak Ala pergi sekolah same2 dengan kakak. Tapi tula...Ala tak berapa cekap lagi cakap nak kencing. Selalunya kalu cakap nak kencing tu maknanya dah kencing. Takkan cikgu nak kena tengok and bawa Ala pegi toilet every hour....cikgu pon ada banyak kerja lain lagi nak buat. Ala tu pulak.....alahai.....manja sangat...tak boleh orang kacau sikit dah nak nangis. Next year lah Ala pergi sekolah yer.....Tapi hari ni dia dah okay sikit tengok kakak dia pegi sekolah. Tak nangis la...cumer nangis masa tengok kakak dia balik dari sekolah jer...hehehe.

Bila tengok Sophea pakai baju sekolah baru la aku sedar dah besar rupenya anak Mak yang sulung ni....dah sekolah dah. Anak2 ni..kalau dah mula sekolah kita akan rasa cepat jer dia besar. Tu pun nasib baik aku jaga sendiri anak2 dari baby lagi...kalu ibu2 yang kerja tu agaknya berapa jam jer dia spend masa untuk anak2 sehari2. Aku syukur sangat aku tak kerja.

Okaylah kakak...Mak doa agar kakak akan belajar rajin2 dan jadi orang yang berguna kepada keluarga , masyarakat, agama dan bangsa. Mak doa untuk kakak yer. Mak Sayang Kakak!

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik