Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaflah yer....sibuk sangat beraya tak leh nak update blog. Anyway, raya tahun ni okay jer. Actually ni adalah kali ketiga kami beraya di Keningau. TAhun depan pulak nampak gaya beraya kat sini lagi juga kami memandangkan raya tahun depan jatuh sebelum cuti sekolah. Rasanya Hishamuddin takkan bagi sambung cuti lagi rasanya.

Anak2 la yang paling seronok. Sejak beli kasut raya tu tak sabar2 diaorang nak pakai. Sibuk dok tanya ....."hari ni Hari Raya ker Mak?". Hari Raya aku buat satay ayam. Kat rumah aku ni macam dah jadi tradisi kalu hari raya mesti ada stay. Sebab kat rumah my mom pun macam tu gak. Hidangan utama mesti satay. Walaupun leceh sikit nak buat tapi puas hati la bila makan....Ayang aku la yang suker sangat makan satay. Anak2 pun suker jugak. Tak makan nasi pun tak per.

Raya kat sini meriah juga, meriah dengan kawan2 lah. Cumer kalau dapat beraya dengan ibubapa , adik beradik dan saudara mara lebih seronok la. Lagipon bukan selalu dapat berkumpul dengan sedara mara ni kan. Masing2 dah ada keluarga dan kerja sendiri. Aku pun ramai lagi tak jumpa sepupu2 aku yg dah kawin2...wife and husband diaorang pun aku tak kenal lagi ape lagi anak2 dia orang. Balik ni pun lambat sikit so boleh jumpa ke tidak tu tak tahu la....almaklumlah..kita ni dok jauh, orang nak datang tempat kita pon payah.

AKu ni kalu balik kampung memang plan macam2. Nak pegi situ,nak pegi sini, nak bawak anak2 jalan kat situ, nak bawak anak2 jalan kat sini, tapi tu la...jadi ker tidak tu tak tahu la. Tengok la macam mana. Macam tahun lepas, gitu gak. Macam2 plan dengan Ayang aku, last2 tak jadi sebab Ayang aku kena balik Sabah awal sebab ada kursus BTN.

Minggu depan aku dah nak balik, seronoknyer.....!Harap2 tahun ni everything is going to be just fine, tak mau la macam tahun lepas, ada adegan yang tak seronok. Apa adegan tu kita abaikan sajer lah. Tak elok dok cerita pasal keburukan orang ni. Biorlah dia......biarlah dia dengan labu2 nyer.

Comments

Farah said…
The Royal County Arbiter: $3,387.24 please
Hot on the heels of news that AOL has bought Weblogs Inc for an estimated $25 million, Dane Carlson has produced a nifty applet that calculates how much any given blog is worth.
Find out how to buy and sell anything, like things related to quality assurance highway construction on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like quality assurance highway construction!
Rod said…
I was just browsing and found your blog. Very Nice! I
have a knitting instructions site. You can find everything about knitting instructions as well as knitting stitches, needles, machines, magazines and more. Please visit, check it out and enjoy!
Rod

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!