Tak Lama lagi nak Rayaa.....!



Hai...letih sungguh. Semalam kita orang gi KK, shopping baju and kasut anak2. AKu lak tak beli baju raya pon cumer beli selipar jer sepasang. Selipar Bata, cantik pulak nampak. Ayang aku lak aku suruh dia beli sandal yang elok sikit sepasang. Mula2 tak nak beli last2 beli jugak. Bukan apa, aku nak tengok dia pakai sandal yang lawa2 tu. Dengan baju MElayu boleh masuk, dengan jeans pon sesuai ! Asyik dok pakai capal jer. Pastu aku beli baju utnuk anak2. Hai...macam patern and macam2 fesyen. Discount pun macam level gak. Hehehe.....aku ingat aku yang mabuk tengok baju anak2, alih Ayang aku lak yang lebih. "Yang ni cantik Yang.......eh, yang ni pun cantik gak......!"Geleng kepala aku tengok kan Ayang aku tu. Ngalah kan aku lak. Lepas cari baju semua, aku pegi UMS lak nak jumpa cousin aku - Amani. Dia pon tak balik, raya sini sebab lepas raya tu ada exam lagi. Aku mula2 memang ajak dia beraya kat rumah aku ni, yelar..at least ada jugak la suasan Hari Raya, but memandang kan member2 dia pon ramai tak balik so dia ingat nak beraya kat kolej ajelah. TAk per lah. Aku plan nak ajak dia buker sama2, but dia lak dah janji dgn roomate dia, nak balik tu aku pun hulurla duit raya skit kat dia, suker la dia.

Kita orang buker kat Kenny Rogers semalam. Actually, daripada hari tu lagi aku dok tengok Kenny Rogers kat Centerpoint tu. Cumer masa tu tak buker lagi. Kali ni alhamdulillah, dah buker. SO aku pun apa lagi, terus heret anak2 masuk KR la....tanpa menunggu Ayang aku datang (sebab dia gi parking kereta dulu) aku pun terus order jer. Sophea suker sangat makan Macaroni and Cheese tu. "Lain kali kalu kita datang sini ,Mak order Macaroni and Cheese je untuk kakak yer sebab kakak suker, ye!". Aku lak tak sedar berapa kali aku dok tanya dia..."sedap kak?', sampai dia naik boring and tanya aku balik, kenapa mak tanya banyak2 kali...hehehehe. Aku pun tak perasan.

Dah kenyang melantak, kitaorang sambung balik shopping, cari kasut Laila and baju anak2 lagi, lepas tu singgah kat gerai Nasi LEmak favourite kita orang untuk minum jer.....(mula2 aku nak minum jer) ,but at last aku melantak nasi lemak sepinggan dengan lauk sambal sotong....hehehe, sodap beb. Mana tahan. Aku tapau buat balik untuk sahur dua bungkus. PUkul 9.22 malam kita orang start bertolak ke Keningau, belum pukul 11 lagi kitaorang dah sampai rumah. Laju giler Ayang aku bawak keta ! Tak sampai 2 jam dah sampai Keningau! (supposenya 2 jam 15 atau 2 jam 30minit)

Elok jer sampai rumaj kitaorang semua tergolek.....hehehe.

anyway, aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawn semua, pastu tak lupa juga Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambut nya....kepada family, tunggulah kitaorang balik nanti, okay!

-

Comments

bloggrez said…
Your customers are doing it - are you?
To blog or not to blog... your customers are doing it. The question is - are you? Blogs are a force to be reckoned with.
Just like so many Americans my friend loves the clubs and pop r & b lyrics so he went ahead and built an awesome website about pop r & b lyrics. When he's in high spirit he goes to the site and start reciting all his favorite pop r & b lyrics. Says it's good for the heart. Guess what? I gave it a shot and it works great!

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!