Seronoknya Ramadhan..!

Bulan Ramadhan menjelma lagi dan kali ni insyaAllah alu boleh puasa penuh sebulan, hehehe. Alhamdulillah la. Hari pertama puasa aku pon start bukak gerai jugak, macam tahun lepas gak. Dah janji dengan Sah and Kak Aton. Tahun lepas kita orang berniaga sama jugak. Bukan apa, kat sini susah sangat nak merasa masakan kita, jadi bila tiba bulan puasa ni kami pakat2 buat pasar Ramadhan sendiri. First day tu kami pon pegi la ke tempat yang kami biasa berniaga, memang dari tahun lepas lagi tu la port kita orang. Pelanggan pun dah tahu. Alih2 dah siap pasang meja and hidang lauk pauk sumer datang satu akak ni (orang sini la..) kata tu tempat dia berniaga lak...adei, ni kes berebut tempat strategik nih. Ayang aku lak dah siap pasang payung dah. Akak tu pulak dengan selambanya letak jer barang2 dia kat tempat aku tuh. Last2 aku mengalah jer....kalau orang dah suker masakan kita, kita dok maner pon dia cari jugak kan? AKu and Kak Aton pun blah la, pegi area yg agak terlindung sikit, tapi tak per, kalu hujan tak da payung pun tak per...hehehe (Aku malas nak cari pasal w/p sebenarnya masing2 tak ada diberi tempat khas untuk berniaga, sapa cepat dia dapat). Kat situ lah aku hidang Ayam Percik aku . First day ni tak leh buat banyak2 sangat takut tak habis, aku buat 3 ekor je ...belah empat...so ada la dalam 12 ketul. Seketul aku jual RM5. Mula2 ada gak yang macam tak yakin boleh jual, katanya macam mahal sangat RM5 tu, tapi tu la, sejak aku dok buat ayam percik tu hari2 orang cari...hehehe. Bangga gak la aku...at least kepakaran my mom buat Ayam Percik ada gak la anak dia yang mengikut.

Masuk hari ni dah tiga hari puasa dan tiga hari la aku berniaga. Sambutannya setakat ni alhamdulillah sangat menggalak kan... (hai...macam artis cerita pasal jualan album lah pulak!). Aku bukak gerai dalam pukul 4 petang, belom pukul 5 lagi sumer lauk and kuih muih aku dah licin....alahai...last2 dok tercongok jer tengok orang. Esok lak ada orang dah tempah Ayam percik 3 ekor nak bawak pegi Tambunan katanya, hai....sampai ke TAmbunan Ayam percik aku.......walaupun penat nyer tok sah cerita, tapi seronok. Seronok tengok gelagat orang, seronok dapat gembira kan orang....(terutama mereka yang rindu sangat makanan semenanjung), lagipun kitaorang sama2 . Sah buat Nasi Kerabu, Kak Aton pulak dengan Kuih Tepung Pelitanya, Kak Ani dengan Laksa Penang, Si Pah pulak buat Laksam...sekurang2 nya terubat jugalah rindu kitaorang pada kampung dan sekurang2 nya meriah lah sikit Ramadhan di Keningau ni. Kalau tak memang tak syok langsung, tak rasa macam bulan puasa pon. Hari ni aku buka dengan Mee Kari...esok aku plan nak makan aper pulak..hehehe, belom apa2 lagi dah start pikir dah!

Tengok lah kalau ada apa2 yang menarik besok. Okay!

p.s : Kalau ada yang pandai buat tepung telur kan best, akok, buah tanjung, tahi itik and jala emas (my favoutirte tu!)

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik