Lambat nya nak balik kampung........!

Hari ni dah 20 Oktober, aku dok menghitung hari bila nak balik kampung. Adei...ader dalam kurang sebulan lagi. Hehehe....oh, by the way, sebelum aku bercerita panjang elok gak kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Datin Seri Hendon Mahmud, isteri Perdana Menteri kita yang telah kembali ke-Rahmatullah pagi tadi akibat barah payudara. Al-Fatihah.

Okay, actually tahun ni kami tak dapat tiket sponsor jadi tiket utk balik ni kami pakai duit sendiri la. So naik AirAsia jelah.....tak kisahlah. Yang penting bulih balik. Aku dah beli tiket lama dah. Bulan 9 lagi aku beli, online la. Tahu2 la Air Asia. TAk per yang penting dapat tiket murah. Untuk flight KK-KL-KL aku dapat yang RM89.90 and utk flight KL-KB-KL lak kitaorang dapat yang RM19.90 je (tidak temasuk tax la..). Orait la tu. Semua dari KK-KL-KB-KL-KK kami bayar RM1400, kira orait la tu kan. Aku bukan apa, tahun ni aku nak balik sangat sebab satu ,my grandmom meninggal bulan 2 lepas. So kalu aku tak balik tahun ni and nak tunggu hujung tahun depan baru nak balik, hai.......ras macam lame sangat. Kubur Mok pun tentu dah bersemak samun agaknya. Pastu lak pak cik aku pon ada gak yang meninggal, and pakcik ayang aku sorang. Tu yang kami rasa nak balik sangat. Ramai sangat yang 'pergi' tahun ni......

Tahun lepas kami balik terus ke KB tapi tahun ni kami balik Pulau Indah dulu pastu baru balik KB and dari KB balik terus ke KK tak singgah dah. Senang macam tu sekali jalan je. Lagipon tak payah nak susahkan orang pegi amik and hantar kat airport. Kalu macam balik KB senang...cakap je balik baper haribulan ,tak yah risau la pasal saper yang nak amik kat airport.

Balik tahun ni tak tahu la boleh jumpa ke tak Kakak aku yang kat Singapore tu. Dia tak tahu lagi dia balik ke tak. Tahun lepas kami jumpa la....tahun lepas kami balik sempat main banjir. Hehehe....Ayang aku la yang sonot sangat! Maklumlah orang tak penah main banjir...kena plak tahun lepas banjir besar...pagi air start naik tengah hari tu air dah paras pinggang dah. Kami yang nak balik KL ni terpaksa mengharung air dulu untuk pergi airport. (actually kena naik bot, harung air, pastu naik truck JPA, pastu naik keta gi umah Ayah In, pastu naik van TNB lak gi airport the very next day -sebab Ayah In aku tu keje TNB, hehehe). Masa kat atas kapal terbang tu kami bulih nampak bandar Kota Bharu jadi kaler Teh susu tu......air penuh............Anak2 aku pon suker main banjir. Nak balik kampung atuk nenek lagi katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!