Happy Birthday Laila!

Hari ni 26 Oktober birthday anak aku yang nombor 2, Laila. Dah 3 tahun anak mak rupanya. Dah besar dah.....dah boleh skolah dah. TApi tu la.....cemaner nak gi skolah kencing pun tak berapa pandai nak cakap lagi. Alahai......aku tak plan ape2 special cuma macam biasalah beli kek and maybe buat mee kari skit. Anak2 suke makan mee kari. Selalunya ada la gak buat jamuan makan2 untuk kawan2 rapat tiap kali anak aku sambut birthday tapi kali ni tak pula. Lagipon bulan posa.....so sambut sendiri2 jelah.

Aku sejak masuk rumah baru ni memang lama dah plan nak buat makan2. Yelah kan...lagi pun aku memang suka buat makan2 jemput kengkawan tapi tu la mungkin tahun depan la. Urusan rumah ni pun banyak lagi yang tak selesai nanti kalau semua dah selesai and nama pun dah tukar nama Ayang aku baru lah boleh buat kenduri grand sikit. Kalau boleh nak jemput semua kengkawan kat sini.

Oklah, aku nak prepare bahan utnuk buat mee kari nih. Baik prepare awal2 baru lah tak kalut skit. Tak sabar dah nak melantak mee kari nih!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!