Posts

Showing posts from August, 2005

Can't wait to be together again...!

Image
The whole bunch of the family 2001

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari ni 31 Ogos hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 48. Aku tak ke mana-mana pun cuma petang ni kami merancang untuk pergi main squasy. Aku ni nak dikatakan patriotik sangat tu tidaklah, tetapi aku cukup berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain rasanya rakyat Malaysialah yang paling bertuah. Namun sejujurnya aku tidak pernah walaupun sekali menyertai atau pun pergi menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan sama ada peringkat negeri ataupun peringkat kebangsaan. Entahlah...aku malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai tambahan pula kalau dengan anak-anak...cukuplah sekadar melihat dari kaca televisyen. Lebih selesa dan lebih jelas. Hari Merdeka ni aku tidak ada apa-apa rancangan istimewa, menu untuk hari ni pula kami ingat nak masak burger....sekali sekala, lagipun dah lama tak makan burger yang dimasak sendiri. insyaAllah kalau jadi kami akan pergi main squasy.Actually minggu lepas jadi juga kami main squasy ...

Hip!Hip! Hooray!

Image
Akhirnya dapat jugak aku keluar dari rumah...sekurang-kurangnya dapat lah juga aku menyedut udara luar. Yes,my husband is back...hehe and hari ni dia bawalah aku dan anak-anak berjalan. Entah mimpi apa la suami aku tu nak main squasy lah pulak. Daripada hari tu lagi sibuk nak beli raket squasy. Takkan dah boring main badminton lah pulak...magik tu kalu dah boring main badminton..Sejak kawin ni tak sah kalau dia tak main badminton. Kalau tak dapat main alahai...macam orang tak dapat jumpa awek. So tadi lepas dah pergi minum-minum kami pergilah shopping kompleks. Si Sophea ni sibuk nak beli subang...alah, subang yang gantung2 tu,nak sangat subang yang goyang-goyang tu. Macam itulah kalau dah ada anak perempuan. Belum sekolah lagi dah pandai nak bergaya. Hari tu disuruh Maknya (aku lerrr..) beli alat mekap. Hendak eye-shadow, lipstick semua tu, cukup lengkap lah! Alahai....terpaksa la aku fikirkan ayat yang akademik untuk terangkan padanya. "Kanak-kanak tak payah pakai mekap lagi,seb...

alahai......boringnya!

Image
Hari ni hari Selasa dan saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Rasanya kalu ada orang yang boleh mati sebab bosan that person would be me! Entah la.....hendak mengemas malas, nak memasak tak cukup bahan-bahan...idea berlambak-lambak bahan pulak tak cukup. Alahai....dah mati kutu saya dibuatnya. Orang lain cuti sekolah pergi berjalan-jalan saya pulak duduk ulang-alik dalam rumah.Tension sungguh! Cik abang pula, kalau nasib saya baik hari Khamis ni baliklah dia..kalau tidak hari Jumaat bar lah sampai di rumah. Sejak Ahad lagi dia ke Kota Kinabalu (KK). Bawa budak2 silat ke Sabah Games....macam ni lah saya kalau Cik Abang tak ada. Sejak dua menjak ni dia sibuk memanjang. Tak lekat di rumah...alahai, sabar ajelah. Ni belum jadi bini askar..(masalahnya suami saya bukan askar!). Nasib baiklah anak-anak tak mogok nak jalan-jalan. Kalau tidak haru juga dibuatnya. Itupun dah dok sebut-sebut nak pegi playground . Rasa menyesal sungguh tak ambil lesen kereta masa belajar dulu. Tak apa, tahun depan ...

ZZZZaaaaat!

Image
BIla terdengar kalimah itu (Zzaat!) , rindu pula rasanya hendak bersilat balik. Tambah-tambah sejak dah masuk PSSGM group dekat YAhoo ! Group tu semakin bersemangat la pulak nak aktif balik. Tapi rasanya badan ni sudah keras benar. Yelah, mana tak nya....sejak kawin terus stop and sudah tidak aktif2 lagi. TAmbahan pula di Keningau ni tak ada Silat Gayong. Rasanya kalau ada gelanggang Gayong di sini sudah pasti saya akan ke sana. Saya sudah hampir 13 tahun menjadi Anak Gayong ni walaupun pada awalnya saya langsung tidak minat bersilat....kampung kata saya, apa kelas main silat....lebih bagus main taekwando....itu kata saya 15 tahun dulu. Tetapi saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh termakan kata-kata sepupu saya yang ketika itu memang gila bersilat. Asal berjumpa aje tidak ada cerita lain yang akan keluar dari mulut dia melain kan cerita2 silat. Akhirnya saya pun 'ter'minat dengan silat. Silat sebenarnya bukanlah perkara asing di dalam keluarga saya. Pakcik-pakcik dan datuk2 ...