Posts

Showing posts from February, 2020

PKP

Hari ni dah nak dekat 2 minggu kami semua dok rumah. Patuh dengan arahan PKP. Walaupon Keningau ni masih lagi tergolong dalam kategori green zone sebab belum ada sebarang kes Covid 19 tapi kami semua masih lagi akur dan ikut je perintah. Kena bersabar lah dulu ni. Mak ada keluar jugak pegi pekan apa semua. Tapi keluar pon sebab nak beli barang je, lepas beli barang apa semua terus balik. Sampai je rumah terus cuci tangan, tukar baju apa semua kemudian baru la bawak masuk semua barang2. \ Things are quite hard tapi yelah kita sabar la dulu. Apa tu orang kata, bersabar2 dahulu, bersenang2 kemudian, InsyaAllah. Memang la kalau dok rumah je and tak keluar2 ni memang boleh mendatangkan rasa bosan, Tapi bagi mak semuanya bergantung kepada kita jugak, kalau kita pilih untuk makan tidur makan tidur je memang tak hairan la lepas tamat PKP ni ramai yang akan naik berat badan and rasa bosan tapi kalau kita anggap ini lah masanya untuk kita kemas rumah ke, buat spring cleaning ke, ok je..tak...

Dari Dapur Mak Janna : Tom Yam Putih Campur My Style

Image
Baru baru ni ada beberapa orang sahabat yang request resepi tomyam putih  style mak. Mak masih belom update lagi resepi nya. So hari ni memandangkan mak berkelapangan marilah kita update sebelum terlupa. TomYam Putih Campur My Style Bahan2: 3 ulas bawang merah, ditumbuk 3 ulas bawang putih ( diketuk kasar) 1inci lengkuas (dihiris kasar) 5 batang serai ( dititik) 5 helai daun limau purut sekeping asam keping 7biji cili padi diketuk ( boleh ejas ikut suka pedas anda) air perahan limau nipis ( dari 2biji limau) 2 batang carrot saiz kecil ( di potong bulat2) 1 mangkuk bunga kobis 1biji bawang holland ( dipotong wedges) 2biji tomato di potong 4 2 pelepah daun ketumbar ( dipotong kasar2) 2 sudu besar susu cair garam dan gula secukup rasa 1 sudu kecil serbuk/kiub pati ayam 4 cawan  air Minyak secukupnya untuk menumis Lauk2 untuk tomyam : 1 cawan  isi ayam ( dihiris) sedikit bahagian ayam bertulang ( dipotong kecil) 12 ekor udang ( di buang ...

Fishing Trip at Kampung Binsulok

Image
Aduhai, baru la ada masa nak update kisah kami pergi memancing santai santai di Kampung Binsulok, Kuala Penyu. Perginya dah lama...time cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi baru sekarang nak cerita. Yang pegi cuma Umar, Lin , Nana dan kami berdua. Sebabnya pondok yang kami nak menginap tu kecik sangat dan risau jugak kalau ramai2 masuk kang runtuh pulak pondoknya nanti. Hahaha! Kan dah satu kerja . Makanya tinggal lah Kakak, Angah dan kak chik kat rumah. Lagipon Angah kerja.  Kami bertolak pada hari Jumaat. Cik Abang bawa kereta pon rilek2 je. Tak ada la nak rush2 sangat. Takkan lari gunung dikejar gitu.. hehe. Berpandukan map yang diberi kami pon terus lah ke sana. Turun Kimanis melalui Bongawan, kemudian masuk ke jalan kampung tembus sehingga Pantai Pimping. Cantik pantai nya. Macam jalan pantai di Terengganu. Ada beberapa gerai kecil yang menjual jagung bakar di tepi tepi jalan jadi kami pon tak melepaskan peluang untuk beli beberapa batang jagung bakar. Sedap dan mani...