Posts

Showing posts from March, 2020

Dari Dapur Mak Janna : Poori dan Kentang Masala

Image
Sejak musim PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk mencuba bermacam2 resepi. Kalau tengok di Facebook tu macam2 menu yang naik. Tapi Mak suka sebab kita boleh bertukar2 resepi, boleh juga memberi idea kepada orang lain yang dah buntu nak masak apa. So hari ni mak telah cuba buat Poori. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah memberi idea kepada Mak. Cuma yang mak perhati ada bermacam2 versi resepi Poori ni.  Being me yang mesti nak buat macam yang original so mak telah search banyak resepi dan mak banding2 kan semua resepi2 tu. Rupa-rupanya cara nak buat Poori ni sama juga dengan cara nak buat Chapatti, cuma beza nya chapatti di masak di atas kuali tanpa menggunakan minyak sementara Poori di goreng dengan minyak yang banyak. So marilah Mak kongsikan resepinya di sini. Poori  Bahan2: - 500g tepung atta - secubit garam - 3 sudu besar minyak sapi / minyak masak biasa pon boleh - air secukupnya - 2 cawan minyak un...

Covid-19

Image
( (Image: © Shutterstock) from : Livescience.com Sekarang ni hampir seluruh dunia sedang diuji dengan kemunculan virus baru iaitu Corona Virus atau pon Covid-19. Virus ni mula-mula di temui di wilayah Wuhan, China sehingga telah menjangkiti lebih dari 80000 penduduk China dan kini telah merebak ke Asia , Eropah dan juga Amerika. Sehingga hari ini Covid 19 telah pon menyerang lebih 2000 rakyat Malaysia . Termasuk hari ni sudah hampir 2 minggu kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada permulaannya Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP ini untuk selama 14 hari bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Bagaimanapon setelah mendapati ramai rakyat ingkar perintah ini dan kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat PM telah melanjutkan lagi tempoh PKP ini sehingga 14 April 2020. Sepanjang PKP ini semua sekolah2, pusat2 pendidikan, pejabat2, perniagaan terpaksa di tutup kecuali khidmat2 di barisan hadapan. Semua rakyat di seru untuk b...